7 Keseronokan Yang Bakal Anda Rasai Melalui Percutian Belayar Atas Cruise

percutian atas Star Cruise-01

Sumber gambar : Star Cruises

Mungkin ramai dalam kalangan pembaca yang sudah biasa dengan percutian menggunakan kereta sendiri, kereta api dan kapal terbang. Namun sebenarnya selain percutian menggunakan pengangkutan darat dan udara, percutian dengan belayar dengan kapal mewah juga merupakan satu pengalaman menarik dan mengujakan.

Untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 7 sebab percutian menaiki kapal Cruise adalah satu percutian yang sukar dilupakan. Ok jom kita lihat satu persatu.

Baca lagi : Ketahui 5 Larangan Di Negara Gajah Putih

#1- SANTAI DAN RELAKS

Bayangkan anda akan menaiki sebuah kapal yang sangat besar dan serba lengkap di dalamnya. Bercuti atas Cruise akan memberi anda lebih masa untuk bersantai dan menikmati segala kemudahan yang terdapat di dalamnya. Antara kemudahan yang lazimnya terdapat atas kapal Cruise ialah kolam renang, gimnasium, karaoke, restoran pilihan dan sebagainya.

#2- ADA MAKANAN HALAL

Makanan merupakan satu isu penting dalam percutian terutama bagi Muslim. Bagi Muslim anda tidak perlu risau kerana terdapat restoran yang mempunyai sijil halal di atas kapal Cruise ini.

#3- BELAYAR SAMBIL MELANCONG

Selain merasai keseronokan percutian belayar atas kapal Cruise, ia juga akan membawa kita melancong ke suatu tempat. Apabila kapal Cruise berhenti dalam satu perhentian penumpang akan dibenarkan turun dan berjalan-jalan sebelum meneruskan destinasi yang seterusnya. Menarik kan. Sambil bercuti atas kapal sambil melancong. Dua dalam satu.

#4- BANYAK DESTINASI DALAM SATU HARGA

Menaiki Cruise juga akan membawa anda ke beberapa destinasi hanya dalam satu harga. Contohnya pelayaran dari Pelabuhan Klang- Pulau Pinang- Phuket- Pelabuhan Klang. Apabila tiba perhentian, boleh turun bersiar-siar lagi kat tempat berkenaan, Best bukan?

#5- PENGINAPAN YANG SELESA

Penginapan atas kapal Cruise juga sangat selesa. Ada pelbagai jenis bilik yang ditawarkan di atas Cruise namun ke semuanya adalah selesa untuk didiami.

#6- MENIKMATI PENGALAMAN BERBEZA

Sekiranya anda selalu bercuti dengan menaiki kapal terbang atau memandu kereta, namun percutian dengan belayar atas kapal cantik sebegini pasti memberikan anda pengalaman yang berbeza yang pastinya sukar dilupakan. Anda juga boleh menikmati keindahan alam melalui rentas lautan yang pasti memukau pandang.

#7- UNIK DAN EKSLUSIF

Percutian atas Cruise pasti memberikan satu pengalaman yang lain daripada yang lain. Percutian atas kapal Cruise yang unik dan mewah memberikan mood percutian yang ekslusif untuk anda. Juga sangat sesuai untuk percutian romantik bulan madu atau percutian hadiah ulangtahun untuk pasangan.

Baca lagi :  7 Perkara Larangan Di Singapura

Memang best belayar dengan kapal Cruise ni. Untuk suami isteri yang nak berbulan madu pun sangat sesuai. Semoga artikel ini memberikan anda idea untuk menikmati percutian sambil belayar atas kapal.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!