Berbaloi Untuk Dibaca. 5 Tip Jimat Untuk Percutian Ke Pulau.

Bercuti di pulau merupakan antara satu aktiviti yang dapat menenangkan fikiran selepas penat bekerja atau belajar. Keindahan pulau pasti dapat melupakan sebentar tekanan yang ada. Namun adakalanya bajet bulanan sudah hampir melepasi had belanja. Bagaimana nak bercuti lagi? Atau korang merupakan seorang student yang masih belum mempunyai income yang stabil. Kalau ada pun, duit kerja yang di kumpul secara part time. Jangan risau, kali ini kami akan membawakan kepada korang tip-tip jimat untuk percutian ke pulau. Jom, baca satu-satu ye.

Tip Jimat Percutian di Pulau-01

credit image : thevocket.com

#1- Berkumpulan

Bercuti secara berkumpulan memang menjimatkan sebab boleh share minyak , tol dan jugak makanan. Selain tu bilik penginapan pun boleh berkongsi jugak. Memang sangat menjimatkan. Jadi kat sini, korang boleh ajak beberapa orang lagi kawan korang untuk turut sama join trip percutian korang. Lagi ramai lagi bagus sebab lagi banyak boleh berkongsi belanja.

Namun pastikan kawan-kawan yang korang ajak tu satu kepala dengan korang dan jenis yang tidak berkira soal kewangan. Boleh sama-sama kongsi tampung mana yang kurang. Kalau tak ngam nanti risau lain pulak jadinya. Ye lah kan, mood pun kena jaga jugak. Sebab kita nak jadikan percutian tu sebagai memori yang indah walaupun percutian bajet.

Baca lagi :Tips Tidak Disengat Obor-Obor

#2-Early Bird Promo

Satu lagi tip best  ialah korang kena alert dengan early bird promo. Sebab kalau early bird promo ni kita akan dapat harga yang murah daripada biasa. Selalunya memang sangat-sangat berbaloi.  Jadi perlu bijak raih peluang promosi ni . Duit lebihan tu boleh simpan untuk benda-benda lain pulak. Ternyata bila beli waktu promosi ni dapat bagi lebih nilai pada duit korang. Jadi, make sure korang alert dengan sebarang promosi ok?

Tip Jimat Percutian di Pulau-02

credit image : New Straits Time

#3- Promo Air Asia

Ok, kalau tadi early bird promo kali ni pun pasal promo jugak tapi berkaitan harga tiket flight. Kalau Air Asia buat promo, selalunya pasti akan lebih murah berbanding naik bas atau kereta. Sangat-sangat berbaloi.  Tapi selalunya kalau tiket promo ni jangka masa berlepas tu lambat lagi. Makan masa berbulan-bulan tapi takpe korang boleh ambik peluang ni dan tempah satu tarikh yang korang rasa korang free waktu tu. So, pastikan korang rajin usha laman web Air Asia agar tak terlepas untuk dapatkan peluang ni.

 

#4-Elakkan Cuti Sekolah/Public Holiday

Bila waktu cuti sekolah, ramai orang akan bercuti. Bila ramai orang bercuti, harga penginapan, barangan semuanya akan naik mendadak melebihi hari biasa. Jadi untuk mengelakkan korang kena bayar lebih jalan yang paling baik ialah rancang percutian korang bukan pada hari cuti sekolah atau cuti umum.

Kalau bercuti masa hari biasa selalunya harganya terlebih murah dari hari-hari peak season.  Kadang-kadang, sesetengah tu, harga penginapan dan barangan boleh mencecah sehingga 3 kali ganda tau. Sangat jauh bezanya. Jadi, rancang percutian pada hari biasa lebih menjimatkan.  Dapat sesuatu kan? Ok, teruskan bacaan. Ada lagi tips seterusnya yang terakhir.

 

#5-Beli Full Board Pakej

Kalau kita beli satu-satu memang harga akan mahal berbanding kita ambil pakej. Pakej lebih menguntungkan. Jimat belanja dan lebih mudah sebenarnya.  Maklumlah kalau beli full, segala aktiviti, penginapan dah termasuk all in one. Kalau beli satu satu berkemungkinan terlebih belanja disamping harga yang lebih mahal berbanding mengambil pakej. Nampak tak?

 

Harap tip-tip yang diberi ni dapat membantu korang yang tengah cadang nak bercuti tu tapi nakkan percutian bajet atau menjimatkan. Sebenarnya, apa-apa yang kita lakukan pun, walaupun seringkas mana sekalipun, namun sekiranya ada perancangan rapi pasti tetap akan meninggalkan kesan dan kenangan manis dalam hidup. Begitu juga percutian. Selamat merancang dan selamat bercuti !

Baca lagi: 5 Negara Musim Bunga Wajib Pergi.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!