12 Bentuk Soket Mengikut Negara dan Kepentingan Universal Adapter Untuk Traveller

Selain pasport dan pakaian yang sesuai mengikut cuaca negara yang bakal dilawati, adapter juga merupakan satu perkara yang penting untuk di bawa ketika travel kerana setiap negara mempunyai bentuk soket dan plug yang berlainan bentuk dan jenis.

Kita pasti memerlukan adapter yang sesuai untuk disambungkan kepada soket untuk mengecas peranti elektronik terutamanya telefon pintar yang sememangnya penting pada masa sekarang, sama ada untuk terus berhubung dengan orang lain atau sebagai kamera.

Baca lagi :  5 Sebab Anda Perlu Switch Off Peranti Elektronik Dalam Pesawat

Penyelesaiannya tidaklah begitu sukar. Apa yang perlu anda lakukan ialah anda perlu membeli universal adapter kerana universal adapter ini boleh membuatkan anda menyesuaikan mengikut bentuk soket dan plug yang terdapat pada negara lain.

Namun walaupun ada penyelesaian mudah iaitu universal adapter, tak salah kalau kita ambil tahu jenis bentuk soket yang terdapat di negara lain. Jom lihat gambar di bawah, ada 12 jenis bentuk soket yang berbeza. Anda rasa negara mana bentuk soketnya yang paling cute? Penulis pilih Denmark, sebab macam tersenyum, comel pulak tengok. Hehe.

jenis-jenis soket

Sumber gambar : Google/Facebook

Baca lagi :  Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Menaiki Kapal Terbang

bentuk soket negara Denmark

Bentuk soket dari negara Denmark. Comel kan, macam emoji yang sedang tersenyum. Sumber/kredit gambar : Neil Saunders via Twitter

Semoga perkongsian ringkas ini membantu mereka yang baru berjinak-jinak untuk travel ke luar negara. Yang dah selalu travel pasti dah tahu, tapi tak apa kita kongsi untuk sama-sama tahu ya. Selamat bercuti, melancong atau mengembara.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang kecantikan? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!