5 Beg Yang Sesuai Untuk Travel. Lihat Yang Terakhir, Itu Pilihan. Tapi Sangat Berguna.

beg yang sesuai untuk dibawa bercuti-01

Sumber gambar : Google(Kredit kepada pemilik asal)

Bila bercerita tentang travel, banyak perkara yang mula menerjah di fikiran. Pakaian bagaimana perlu di bawa? Duit belanja cukup tak? Barangan yang perlu di bawa, hmmm apa lagi ya? Dan macam-macam lagi kan persoalan yang muncul. Satu lagi barangan yang paling penting untuk dibawa semasa travel, iaitu, tentulah beg. Kalau tak ada beg macamna nak isi semua barangan yang dah difikirkan tu. Ok untuk artikel kali ni penulis nak fokus tentang beg yang yang sesuai untuk di bawa semasa travel mengikut tempat yang korang nak pergi. Jangan tak tahu, lokasi travel dan beg yang sesuai untuk di bawa juga berkaitan tau.

Cuba bayangkan bawa luggage tarik atas pasir pantai, pantai pulak ada yang jenis berbatu…macam kurang sesuai je, bukan tak boleh cuma kurang sesuai dan ada alternatif lain yang lebih memudahkan korang untuk bergerak. Ok jom teruskan bacaan ok. Kita akan cerita satu-satu tentang jenis beg yang sesuai untuk lokasi travel korang.

Baca lagi : Lokasi Percutian Tanah Tinggi Menarik Di Malaysia

#1- LUGGAGE ( BAGASI )

beg yang sesuai untuk dibawa bercuti-02

First, ialah bagasi atau luggage. Luggage sangat sesuai untuk korang yang nak travel dengan membawa banyak barang dan juga untuk percutian yang ramai seperti percutian dengan famili dan anak-anak kecil. Sebab mesti banyak barang nak bawa kan kalau ramai-ramai. Jadi apa kata guna luggage je lebih senang kan.

Luggage ni jugak sesuai kalau korang nak bercuti di tempat seperti percutian bandar, percutian santai-santai seperti penginapan di taman tema, atau percutian pulau pun boleh juga cuma mungkin sedikit kurang sesuai untuk situasi pulau tertentu, tapi masih kategori ok lagi.

Tapi seeloknya guna backpack je kalau nak ke pulau. Takpe, nanti kita cerita pasal tu di bawah. Kelebihan luggage, sudah tentu ia besar dan mudah di bawa. Ada roda kan, tarik je senang. Lagi satu luggage ni sesuai untuk korang yang nak travel lama-lama, sebabnya bolehlah bawak barang lebih sikit. Nak beli barang bawak balik dari tempat percutian pun senang.

#2- BACPACK ( BEG GALAS BELAKANG )

backpack

Sumber gambara : Travel Leisure

Bacpack atau beg galas belakang merupakan beg yang sangat sesuai untuk percutian singkat dan lagi satu percutian di tempat seperti pulau yang seperti penulis katakan tadi. Disebabkan beg ni selalunya kecil, jadi korang dinasihatkan bawa barang yang benar-benar penting saja.

Cara lipatan baju pulak, korang kena lipat cara yang boleh mengoptimumkan ruang di dalam beg tersebut. Cara gulungan adalah yang paling sesuai. Cuma untuk yang ada bayi atau anak kecil mungkin kurang sesuai. Untuk yang ada anak, rujuk kembali kepada luggage dan hiking backpack dibawah. Itu lebih sesuai.

Kelebihan backpack, membuatkan korang lebih senang bergerak.

#3- DUFFLE BAG

duffle bag

Sumber gambar : MEC

Duffle bag pun sesuai untuk percutian singkat. Namun tak ramai berminat dengan duffle beg ni untuk di bawa semasa travel. Sebabnya? Sebanya berat juga tau nak usung beg ni sini sana. Tapi kalau korang ok je, boleh je guna beg ni. Cuma itulah, tenaga agak diperlukan bila bawak beg jenis ni. Kalau korang ok, teruskan je. Tak ada masalah.

#4- HIKING BACKPACK

beg yang sesuai untuk dibawa bercuti-04

Credit Image : Hiking Backpack Guide

Hiking backpack ni lebih besar daripada backpack biasa. Sesuai untuk percutian yang lama sedikit, seperti seminggu ke atas. Guna hiking backpack ni nampak imej korang ni macam traveller yang sebenar walaupun mungkin setahun sekali je sempat bercuti sebab sibuk dengan kerja harian.

Kelebihan hiking  backpack ni jugak, sudah tentu korang boleh muatkan banyak barang di dalamnya. Kalau korang ada anak pun sesuai bawak hiking backpack ni, gantikan luggage lebih-lebih lagi kalau korang nak bercuti di tempat seperti pulau. Lagi mudah untuk korang bergerak sebenarnya. Satukan je barang isteri dan anak dalam ni, haaah senang. Hihi.

#5- BEG MEKAP

beg mekap

Ok ni bonus. Saja penulis letak di sini. Beg mekap pun kategori beg jugak kan. Beg ni selalunya kecil je, boleh masuk dalam beg utama korang. Bercuti pun kena jaga penampilan jugak. Mekap asas pun sudah memadai kalau tak nak berlebih-lebih. Kalau tak nanti pucat je, nak bergambar pun nampak tak segar muka tu.

Kalau tak rajin mekap sangat pun, sekurang-kurangnya sunblock jangan tinggal lebih-lebih lagi percutian pulau. Nanti boleh terbakar kulit tu. Jadi nak selamat korang masukkan krim sunblock dalam beg mekap korang supaya senang nak cari masa nak guna nanti, ok?

Baca lagi : Lipat Baju Cara Jimat Ruang Beg Untuk Travel

Nak bercuti, pemilihan beg pun penting tau. Kalau tak, percaya tak boleh hilang mood bercuti semata-mata beg? Cuba bayangkan beg bukan main banyak lagi bawak. Satu di bahu, satu kena tarik, satu lagi kat bahu kanan sebab bahu kiri dah penuh. Tak termasuk sangkut di lengan lagi. Tu diaa, belum apa-apa lagi dah rasa penat, mesti rasa tak best.

Jadi kepada korang yang nak bercuti dinasihatkan agar bawa beg yang sesuai dan pengurusan dalam beg juga kena betul. Seboleh mungkin, optimakan penggunaan beg dan ini dapat membantu mengurangkan jumlah beg yang dibawa. Selamat mencuba dan selamat bercuti!

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!