Bayi Berusia Dua Bulan Meninggal Dunia Dalam Penerbangan Ke Perth

Gambar hiasan. Sumber : Finder

Bayi berusia dua bulan meninggal dunia dalam penerbangan pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia.

Seorang penumpang yang membantu dalam menjaga dan cuba untuk menyelamatkan bayi berkenaan dalam penerbangan tersebut memberitahu bahawa pasangan yang berasal dari Saudi itu dalam perjalanan untuk memulakan kehidupan baru di Perth.

Beliau juga memberitahu bahawa bayi perempuan yang bernama Farah itu menangis secara berterusan.

Dalam kenyataannya di Facebook, penumpang berkenaan yang bernama Nadia Parenzee berkata dia merasakan ada sesuatu yang buruk berlaku dan segera menjerit bertanya sekiranya ada doktor yang turut serta dalam penerbangan berkenaan. Namun akhirnya bayi berkenaan meninggal dunia dan beliau merasa amat sedih.

Nadia Parenzee juga memberitahu bahawa ibu bapa bayi berkenaan berasal dari Arab Saudi dan ingin memulakan kehidupan di Australia. Beliau juga turut memuji tahap profesional kakitangan Air Asia yang bertugas.

Pesawat berkenaan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada pukul 5.30 pagi.

Sumber asal : Daily Mail Online

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!