Ini 4 Aktiviti Menarik Boleh Di Lakukan Di Aquaria KLCC

KLCC merupakan salah satu tarikan utama di Kuala Lumpur. Selain tarikan bangunan itu sendiri yang unik yang merupakan menara kembar tertinggi di dunia dan antara bangunan tertinggi di dunia, KLCC juga mempunyai tarikan lain di dalamnya. Antaranya ialah Taman Tasik KLCC dan juga Aquaria.

aquaria klcc-01

Sumber/kredit gambar : www.klccconventioncenter.com

Aquaria KLCC boleh diibaratkan seperti sebuah akuarium besar berstatus premium yang mempunyai kelasnya yang tersendiri. Ianya pasti memberikan satu pengalaman yang menarik buat pengunjung yang memasukinya. Untuk artikel kali ini kita akan melihat fakta dan aktiviti yang boleh dilakukan di Aquaria KLCC.

aquaria klcc-02

Sumber/kredit gambar : Wonderfly

Sebelum tu jom lihat dahulu 4 fakta tentang Aquaria KLCC :

#1- Aquaria merupakan satu-satunya akuarium pameran yang dibenarkan untuk mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranhas. Jadi kalau nak tengok spesies ikan piranhas jenis ini boleh lihat di sini.

#2- Selain itu Aquaria KLCC juga mempunyai single tank yang terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter. Wow!

#3- Aquaria juga mempunyai tangki tiub yang di reka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu setinggi 15 kaki.

#4- Dan Aquaria KLCC juga mempunyai lorong underwater yang terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 90 meter.

aquaria klcc-03

Sumber/kredit gambar : Goticket Aquaria KLCC

aquaria klcc-05

Penyu pun ada kat Aquaria KLCC. Sumber/kredit gambar : The Wandering World

Ok seterusnya jom kita lihat pula aktiviti yang terdapat di sini.

#1- FEEDING SESSIONS

Boleh melihat penjaga akuarium memberi makan kepada ikan termasuk ikan jerung.

#2- SLEEP WITH SHARKS

Ada anak-anak anda yang berimpian nak tidur dengan ikan jerung? Kalau ya, jom ajak anak cuba aktiviti ini.

#3- DIVE WITH SHARK

Untuk anda yang mempunyai lesen menyelam dan ingin menyelam bersama jerung, boleh cabar keberanian anda untuk melakukan aktiviti ini.

#4- CAGE RAGE

Cage Rage memberi peluang kepada anda untuk melihat hidupan laut secara dekat. Menarik jugak kan yang ni.

aquaria klcc-04

Sumber/kredit gambar : Goticket Aquaria KLCC

Untuk mengetahui tentang harga tiket Aquaria dan belian e-tiket boleh klik di sini, Aquaria KLCC.

Ini adalah antara aktiviti dan fakta tentang Aquaria KLCC. Bagi anda yang sedang mencari aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu dan berkemampuan ke sini, boleh masukkan Aquaria ke dalam list untuk lawatan keluarga. Pasti memberi seribu satu keseronokan buat anda sekeluarga disamping dapat menambah ilmu baru tentang hidupan laut.

Sumber rujukan : Sirap Limau

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!