Apa Perlu Buat Kalau Pasport Hilang? Ikuti Langkah-Langkah Ini

apa perlu buat kalau passport hilang-01

Sumber gambar : Save.More.Tips.com

Terfikir nak pergi bercuti, tapi baru sedar pasport hilang. Cari merata tempat pun masih tak jumpa. Langsung tak ingat letak kat mana atau tercicir kat mana (dalam Malaysia). Macamna nak buat ni?

Ok pertama sekali bawa bertenang, jangan panik. Ada penyelesaiannya. Ikuti langkah-langkah ini :

Baca lagi : Panduan Memperbaharui Passport Melalui Online.

#LANGKAH PERTAMA :

1. Sila ke balai polis yang terdekat untuk membuat laporan kehilangan pasport.

2. Dapatkan salinan laporan polis. ( Bayaran-Rm 2.00 )

#LANGKAH KEDUA :

1. Selepas selesai membuat laporan polis, terus ke Pejabat Imigresen. Pastikan anda membawa dua perkara penting ini iaitu dua salinan kad pengenalan dan dua salinan sijil kelahiran / Borang W (jika lahir di luar negara).

2. Sekiranya surat beranak/sijil kelahiran anda hilang, sila berurusan di Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.

#LANGKAH KETIGA :

1. Maklumkan kepada pegawai imigresen tentang kehilangan passport anda.

2. Anda kemudiannya akan diberikan Borang Permohonan Passport Malaysia ( IM.42 Pin 1/97 )- Isikan borang berkenaan

3. Selepas tu akan dapat juga Borang soal Selidik Kehilangan Passport Malaysia ( IM.42C )

#LANGKAH KEEMPAT :

Setelah dokumen tadi selesai diisi, sila serahkan kepada kepada Pegawai Imigresen bertugas. Siap untuk urusan permohonan.

Nanti pegawai akan memaklumkan keputusan kelulusan pembaharuan passport dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.

Baca lagi : Harga Terkini Pasport Malaysia 2018

Semoga artikel ini dapat membantu anda yang berhadapan dengan masalah sebegini. Semoga bermanfaat.

Rujukan dan sumber asal : Pesuruhjaya Sumpah Kota Bharu UTC Kelantan.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!