Kenali Truffle, Antara Makanan Paling Mahal Di Dunia

Pagi tadi waktu nak ke tempat kerja, penulis terdengar kat radio tentang truffle yang harganya mencecah berapa puluh ribu. Masa tu dengar perkataan truffle, fikir-fikir truffle apalah mahal sangat tu kan. Rupanya cendawan truffle. Penulis ingatkan truffle puding tu. Haha.

Disebabkan nak tahu lebih lanjut penulis pun buat research sikit tentang cendawan ni. Rupanya truffle ni antara makanan termahal di dunia tau.

Nak dapatkan dia tu bukanlah mudah.  Patutlah mahal, susah nak dapat. Ok, jom penulis nak share sikit pasal cendawan truffle ni, boleh sama-sama kita tambah pengetahuan am kita.

#1- APA ITU CENDAWAN TRUFFLE

apa itu truffle-01

Ini truffle putih. Truffle putih lebih mahal daripada truffle hitam. Sumber gambar : Premium Tartufi

Truffle ni sebenarnya sejenis kulat, ia tumbuh di bawah tanah. Lebih tepat dalam tanah. Ia sejenis tumbuhan yang tumbuh secara liar dan semulajadi.

apa itu truffle-02

Rupa truffle hitam. Sumber gambar : Line Today

Truffle ni ada dua jenis iaitu ada warna hitam dan ada yang berwarna putih. Yang berwarna putih tu harganya lebih tinggi berbanding warna hitam.

#3- HARGA TRUFFLE

Jangan terkejut harga truffle boleh menjangkau sampai USD3,600 atau bersamaan dengan RM 16 000 bagi kuantiti 0.4 gram tau. Wow mahalnya..

Tu baru 0.4 gram je pun dah harga macam tu, cuba kira kat kalkulator kalau sekilogram berapa. Kalau beli berkilo-kilo pulak dah macam harga sebuah rumah. Banyak tu…ok pengsannn. Tapi untuk yang berkemampuan tak ada masalah untuk beli dan makan.

Sekarang jom kita tengok pula kenapa cendawan truffle ni mahal sangat. Pasti ada sebabnya kan.

#3- KENAPA MAHAL?

Jangan terkejut harga beberapa kilo truffle putih ini boleh jadi lebih mahal daripada harga sebuah rumah di tengah Kuala Lumpur. Sumber gambar : dailycooking

Bila mahal sebenarnya ia bukan saja-saja mahal. Pasti ada nilainya yang tersendiri menyebabkan harganya jadi sekian-sekian harga.

Antara sebab utamanya ialah truffle memerlukan masa yang sangat lama untuk tumbuh iaitu sekitar 5-6 tahun. Permintaan ada tapi kuantiti sangat sedikit, jadi itu salah satu penyebab truffle jadi sangat mahal.

Kedua, nak jaga truffle ni kena betul-betul jaga. Pendek kata tumbuhan truffle ni cerewet sikit. Kena penjagaan yang rapi. Bacaan tanah kena betul, iklim pula tak boleh suhu yang keterlaluan. Iklim yang sesuai ialah iklim yang sederhana. PH tanah yang ideal antara 8 hingga 8.3. Iklim pula kena iklim yang sederhana.

Ketiga, untuk menuai truffle perlukan anjing pengesan sebab truffle ni dalam tanah. Jadi anjing ni ada deria yang baik, ia dapat kesan truffle yang jauh kat dalam tanah tu.

Dengan beberapa sebab di atas tak hairanlah truffle ni sangat mahal di pasaran.

#4- SESUAI DI MASAK SEBAGAI APA?

apa itu truffle-04

Antara sajian yang menggunakan truffle. Sumber gambar : Google

Truffle ni macam-macam cara boleh dimasak. Dalam coklat pun boleh letak.Masakan lain seperti pasta, burger, dan banyak lagi. Rasanya dikatakan unik.

#5- NEGARA YANG ADA TRUFFLE

Antara negara yang ada pengeluaran truffle ialah Perancis, Amerika, China, Chile dan New Zealand.

Jom kita tengok video tentang cendawan truffle ni. Video daripada 60 Minutes/ CBS News melalui Youtube.

Rujukan : The VocketIluminasi

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!