Alaska Bergelap Selama 65 Hari Tanpa Cahaya Matahari

Sumber/Kredit Gambar : Marc Lester/Alaska Dispatch New

Menurut laporan CNN bandar Utqiagvik, Alaska yang dahulunya di kenali sebagai Barrow akan mengalami suasana gelap selama 65 hari.

Ini bermaksud ribuan penduduk di situ akan berhadapan dengan keadaan yang gelap tanpa matahari sepanjang tempoh berkenaan. Fenomena ini dikenali sebagai malam polar (polar night).

 Sumber gambar / kredit gambar : John Belski via thewheathernetwork.com

Pakar meteorologi CNN berkata ia adalah sesuatu fenomena yang biasa dan berlaku pada setiap tahun.

Ini kerana di Lingkaran Artik akan terdapat hari di mana matahari akan terbenam sepanjang musim sejuk dan akan kembali muncul pada musim panas dan apabila matahari muncul pada musim panas berkenaan, matahari tidak akan terbenam pula untuk beberapa hari.

Selain Utqiagvik, tempat-tempat lain yang turut sama bergelap tanpa matahari dalam tempoh fenomena polar malam ini ialah Kaktovik, Point Hope dan Anaktuvuk Pass.

Matahari dijangka akan terbenam pada jam 1.43 petang Ahad ini di bandar Utqiagvik dan akan menghilang selama 65 hari sebelum dijangka akan mucul semula pada 23 Januari 2019, iaitu pada awal tahun hadapan.

Sumber asal/Rujukan : Oh My Media ,  CNN

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.                    

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!