Ini Senarai 5 Aktiviti Mesti Cuba Di Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang merupakan salah satu lokasi percutian berteraskan hutan yang popular di negara kita. Bagi peminat alam di sini merupakan salah satu lokasi mesti datang anda kerana keindahan flora dan fauna yang terdapat di sini pasti mengujakan anda. Hutan simpan di Taman Negara Pahang adalah antara yang tertua dan terbesar di Malaysia. Usianya sudah menjangkau ratusan jutaan tahun. Wau, sangat-sangat lama dan sudah pastinya menyimpan pelbagai khazanah hutan yang tidak ternilai.

Untuk datang ke sini ada dua cara. Satu guna jalan darat, kedua menaiki bot melalui Sungai Kuala Tembeling. Ok tanpa membuang masa jom kita lihat 7 aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.

Baca lagi : 19 Tempat Percutian Menarik Di Terengganu.

#1- JUNGLE TREKKING

aktiviti di taman negara pahang-01

Kredit/sumber gambar : Taman Negara Back To Nature

Datang sini wajib melakukan jungle trekking untuk merasai keindahan dalam hutan. Yang bestnya ada kemudahan platform dan denai kat sini, jadi mudah untuk pengunjung lakukan aktiviti ini.

#2- JALAN ATAS JAMBATAN KANOPI

aktiviti di taman negara pahang-02

Kredit/sumber gambar : Malaysia Kuala Lumpur Tour

Satu lagi aktiviti mesti cuba kalau datang di Taman Negara Pahang ini ialah aktiviti berjalan atas Canopy Walkway, yang merupakan yang paling panjang dan tertinggi di dunia. Nikmati keseronokan berjalan atas Canopy Walkway ini yang pengalamannya pastinya tidak dapat dilupakan.

#3- RAPIDS SHOOTING

aktiviti di taman negara pahang-03

Kredit/sumber gambar : Taman Negara Travel

Rapids Shooting merupakan aktiviti menyusuri sungai dengan menggunakan bot panjang dengan cara melawan arus. Antara bot-bot seolah-olah mencabar bot lain di sebelahnya dan ini akan membuatkan penumpang atasnya kebasahan dan pasti menjerit keseronokan. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan dalam kedaan beramai-ramai seperti program hari keluarga atau team building oleh mana-mana syarikat.

#4- PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

aktiviti di taman negara pahang-04

Kredit/sumber gambar : bacpackingmalaysia.com

Dalam aktiviti Rapids Shooting tadi anda juga akan di bawa ke perkampungan orang asli yang terdapat di persisir sungai. Jadi anda berpeluang untuk melihat kehidupan orang asli di sini seperti teknik menghidupkan api tanpa mancis dan teknik menyumpit yang betul.

#5- SANTUARI IKAN KELAH

aktiviti di taman negara pahang-05

Kredit/sumber gambar : holidaysinmalaysia.com

Di sini juga terdapat Santuari Ikan Kelah. Lokasinya di Lubuk Tenor dan apa yang bestnya pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman memberi makanan kepada ikan-ikan jinak di sini.

Untuk memasuki Taman Negara Pahang ini pengunjung memerlukan permit yang cuma berharga RM 1 seorang. Permit ini perlu diperoleh dahulu di kaunter Penerangan Pelancongan yang berada berdekatan dengan Taman Negara. Untuk kamera, permit dikenakan sebanyak RM 5 untuk satu kamera dan untuk memancing pula, Rm 10 permit dikenakan. Murah saja kan.

Rujukan artikel adalah dari sumber asal Cari Destinasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang permit dan apa yang anda perlu tahu sebelum memasuki Taman Negara Pahang, klik di sini,Taman Negara Pahang, Apa Yang Anda perlu tahu Sebelum Jejak Kaki Ke Taman Negara Pahang.

Baca lagi : 19 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Jadi untuk anda yang meminati aktiviti-aktiviti yang dekat dengan alam semulajadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di sini ya.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!