7 Perkara Perlu Buat dan Tak Boleh Buat Ketika Menaiki Kapal Terbang. Nombor 1 Sangat Penting.

Credit Image : Shutterstock/Alexey Y.. Petrov

Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan ketika menaiki flight dan ianya berkaitan dengan sikap dan adab kita. Jom kita  7 lihat dos dan don’t atas kapal terbang. Semoga bermanfaat.

#1- FOKUS KETIKA DEMO KESELAMATAN DIBERIKAN

Tak kira berapa kali pun anda sudah menaiki kapal terbang dan mungkin sudah lali mendengar demo keselamatan oleh petugas, namun sangat penting untuk anda mendengar demonstrasi keselamatan yang diberikan. Ini kerana setiap kapal terbang mempunyai peraturan keselamatannya yang tersendiri. Pastikan anda peka dengan arahan keselamatan yang diberikan.

Baca lagi : 7 Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Menaiki Kapal Terbang

#2- ELAKKAN PAKAIAN KETAT

Elakkan pakaian ketat terutama anda perlu melalui perjalanan jauh yang panjang. Ini dapat mengelakkan pengumpalan darah dalam salur darah. Pakai pakaian yang longgar dan selesa.

#3- PAKAI KASUT TAPAK RATA

Elakkan memakai tumit tinggi untuk keselamatan anda dan penumpang lain. Memakai kasut tapak rata lebih memudahkan pergerakan dan lebih selamat.

#4- JANGAN TENDANG KERUSI HADAPAN

Jangan menendang-nendang kerusi di hadapan anda. Ia satu perbuatan yang sangat tidak sopan dan boleh menganggu keselesaan penumpang lain.

#5- PASTIKAN BEG MEMATUHI HAD MAKSIMUM

Pastikan beg yang dibawa naik ke dalam kapal terbang mematuhi had maksimum yang dibenarkan. Hormati peraturan untuk memudahkan semua pihak.

#6- PAKAI TALI PINGGANG

Ini adalah antara isu keselamatan dalam kapal terbang. Turbulence iaitu gegaran kuat dalam kapal terbang boleh berlaku secara tiba-tiba dan mungkin sebelum sempat diberikan amaran oleh juruterbang, oleh itu jangan ambil risiko untuk mengambil mudah pemakaian tali pinggang.

Baca lagi : 9 Fakta Tentang Turbulence

#7- JAGA KEBERSIHAN TANDAS

Jaga kebersihan tandas flight. Jangan buang sampah merata-rata dan gunakan tandas flight dengan baik.

Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat untuk kita semua. Ingatlah bahawa di mana saja pun kita berada peliharalah adab sopan termasuklah ketika berada atas flight.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!