6 Tips Travel Bersama Bayi dan Anak Kecil

Tips Travel Dengan Anak Kecil-01

Walaupun mempunyai anak-anak kecil namun itu bukan alasan untuk tidak meneruskan percutian. Terdapat beberapa cara untuk memudahkan anda bercuti walaupun mempunyai beberapa orang anak kecil. Percayalah, itu pasti akan menjadi memori terindah untuk anak-anak anda apatah lagi sekiranya anak anda sudah tahu menunjukkan reaksi dan emosi suka dengan setiap tempat yang di lawati. Lazimnya anak-anak sekitar usia setahun sehingga 5 tahun mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. Oleh itu, jadikan percutian bersama mereka sebagai salah satu aktiviti yang baik untuk minda mereka. Begitu juga dengan usia bayi. Ada cara untuk menguruskan anak-anak yang masih bayi ketika bercuti. Mari kita lihat tip-tip untuk anda yang ingin bercuti bersama bayi atau anak-anak kecil.

#1- TEMPAH AWAL

Lakukan tempahan awal untuk penginapan seperti hotel, resort atau rumah tumpangan(homestay) untuk megelakkan keletihan mencari penginapan pada saat-saat akhir. Ini juga untuk mengelakkan anak-anak meragam sekiranya lambat mendapatkan penginapan gara-gara banyak penginapan penuh dan terpaksa mencari lagi dan terus mencari. Jadi, lakukan tempahan awal untuk melancarkan urusan percutian anda.

#2- PENGURUSAN MASA

Sekiranya membawa bayi dan anak- anak kecil elakkan melawat sesuatu tempatĀ  dalam tempoh yang begitu panjang kerana anak-anak mudah meragam apabila berasa letih dan bosan. Rancang perjalanan sebaiknya dan mungkin dalam sehari hanya boleh tetapkan membawa anak-anak keluar untuk satu dua lokasi sahaja dan selebihnya bersambung untuk esok.

Baca Lagi : 5 Negara Asia Musim Bunga Anda Wajib Pergi

#3- UBAT-UBATAN & KELENGKAPAN KEPERLUAN

Sediakan kit ubat-ubatan dan juga kelengkapan bayi secukupnya sebagai persediaan untuk menghadapi sesuatu yang tidak terjangka. Sebagai contoh, losyen Calamine untuk disapu kepada bayi sekiranya terkena gigitan nyamuk atau terjadi ruam di kulit. Barangan lain seperti tisu basah, barang mandian, tuala kecil dan sebagainya juga perlu diberi perhatian sebagai barangan yang penting untuk di bawa bersama ketika travel.

#4- TRAVEL INSURANCE BERSAMA (FAMILY)

Sebelum memulakan satu perjalanan yang jauh sebaiknya dapatkan dahulu insurance yang bersesuaian dengan perjalanan anda dan anak-anak kecil. Malang tidak berbau kan, jadi lebih baik kita bersedia untuk sebarang kemungkinan.

#5- MAKANAN/SNEK BERKHASIAT

Anak-anak kecil mudah meragam sekiranya lapar. Mereka juga cepat lapar. Jadi sediakan mereka snek-snek berkhasiat sebagai kudapan sementara berjumpa dengan restoran untuk makanan utama. Contohnya seperti campuran kacang badam, gajus, kismis atau kurma. Elakkan memberi anak air bergas dan air yang tinggi kandungan gula dan kafien untuk mengelakkan masalah dehidrasi ketika berjalan.

#6- SIKAP POSITIF IBU & AYAH

Ibu dan ayah perlulah menyediakan mental dan fizikal secukupnya ketika membawa anak berjalan-jalan. Sikap positif ibu dan ayah banyak membantu melancarkan urusan perjalanan. Cuba bayangkan sekiranya ibu dan ayah beremosi dan marah anak melebih-lebih sehingga semuanya tiada mood lagi untuk berjalan, tentu tidak seronok bukan?

 

Diharapkan tip-tip di atas dapat membantu para ibu bapa yang bercadang untuk bercuti sambil membawa anak-anak kecil. Cipta kenangan bersama anak-anak agar apabila besar nanti segala memori bercuti bersama anda akan terus dikenang.

Baca Lagi : 5 Negara Asia Musim Bunga Anda Wajib Pergi

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!