5 Syurga Dunia di Kashmir Yang Ramai Tak Tahu

5 lokasi menarik di kashmir

Credit image : Gr Travel

Sekiranya menyebut tentang negara India pasti ada yang membayangkan sebuah negara yang padat dengan penduduk dan cuacanya yang panas. Hal ini kerana India merupakan antara negara terpadat di dunia. Cuacanya pula adakalanya tersangat panas. Namun siapa sangka, di penghujung barat pergunungan Himalaya, terdapat sebuah kawasan, juga masih dalam negara India yang mempunyai cuaca yang sejuk dengan pemandangan yang sangat indah. Itulah Kashmir. Kashmir adalah seperti dunia lain dalam negara India. Sangat berbeza dengan daerah-daerah lain dalam negara berkenaan.

Siapa pernah tengok filem Bajrangi Baijhaan? Ada babak yang menunjukkan keindahan Kashmir terutama di hujung babak cerita. Kashmir sememangnya sebuah lokasi yang tersangat cantik sehingga ada yang menggelarnya sebagai syurga dunia. Ada juga yang menggelarnya sebagai Switzerland Asia.

Kashmir merupakan sebuah lokasi yang bertunjangkan banjaran Himalaya dan merupakan sebuah kawasan 4 musim. Ada musim panas, sejuk, luruh dan musim bunga. Kawasan pergunungan dan bunga-bungaan cantik memberi satu pemandangan dan suasana segar untuk sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Sedikit tentang Kashmir, ia didiami oleh majoriti penduduk beragama Islam dan sumber pendapatan utama mereka ialah pelancongan. Seperti yang disebutkan tadi, wilayah ini mengalami 4 musim seperti negara-negara Eropah. Oleh itu, setiap musim menjanjikan keindahannya yang tersendiri. Kashmir mempunyai kawasan yang bergunung ganang dan turut digemari oleh para pendaki untuk aktiviti hiking. Sewaktu musim salji, kawasan Gulmarg antara lokasi yang sesuai untuk bermain salji dan ski.

Pemandangannya cantik sekali, sukar diungkapkan dengan kata-kata. Untuk artikel kali ini kita akan menjejaki lokasi-lokasi yang menarik di Kashmir. Mungkin boleh memberi idea kepada anda nak bercuti di mana hujung tahun ni dengan keluarga. Jom kita tengok lokasi-lokasi yang menarik dan cantik di Kashmir ini.

Baca lagi :10 Lokasi Menarik Di Turki

#1- DHAL LAKE

5 lokasi menarik di kashmir-srinagar 3

5 lokasi menarik di kashmir-srinagar

Credit Image : lonelyplanet.com

Kita mulakan dengan Srinagar. Srinagar merupakan ibu negeri Jammu- Kashmir yang mempunyai kepadatan penduduk yang dianggarkan lebih kurang 1.2 juta orang.  Majoriti penduduk  adalah beragama Islam jadi soal makanan halal tidak menjadi masalah disini.  Srinagar terkenal dengan Tasik Dhal dan Tasik Nageen dan juga dengan house-boat nya yang dihias indah. Dari luar nampak macam tiada keistimewaannya, namun di dalam house boat tersebut lengkap dengan kemudahan dan di hias cantik. Keadaanya selesa. Sampan yang digelar shikara akan digunakan sebagai pengangkutan untuk ke house boat.

Terdapat juga para penjual yang akan menjual pelbagai barangan di atas sampan dan akan menghampiri house boat yang membawa pelancong untuk berniaga. Pada waktu musim sejuk, para penjual akan menjual barangan seperti baju sejuk, sarung kaki, sarung tangan dan sebagainya. Buah-buahan dan bunga-bungaan pun ada dijual atas sampan berkenaan.

5 lokasi menarik di kashmir-srinagar 2

Sebagai pelancong, tak salah kita membeli belah barangan yang dijual di atas sampan berkenaan, sebagai salah satu cara untuk membantu ekonomi penduduk tempatan kerana di Kashmir ini antara ekonomi utama mereka adalah dari sektor pelancongan.

Selain itu, di Srinagar juga terdapat kilang pashmina, karpet dan sari yang tinggi kualitinya. Barangan kulit home made pun ada kat sini. Cantik-cantik pastinya. Sesuai untuk shopping lebih-lebih lagi bagi sesetengah kaum perempuan yang gemar dengan aktiviti membeli belah.

#2- GULMARG

5 lokasi menarik di kashmir-gulmarg 3

 

5 lokasi menarik di kashmir-gulmarg 1

Credit Image : Basharat Alam Shah

Lokasi seterusnya ialah Gulmarg. Gulmarg merupakan kawasan paling popular di Kashmir. Pemandangan, Subhanallah..sungguh indah dan mempesona untuk sesiapa sahaja yang memandangnya. Apabila musim panas, segalanya akan kelihatan hijau, namun apabila hadirnya musim sejuk segalanya akan kelihatan putih kerana salji akan memenuhi ruang pergunungan dan kawasan sekitarnya, begitulah ibaratnya suasana di Gulmarg ini. Pemandangan padang rumput yang luas, gunung ganang yang memukau dan juga latar belakang pergunungan yang diliputi salji membuatkan seolah-olah berada di Pergunungan Alps.

5 lokasi menarik di kashmir-gulmarg 2

Gulmarg semasa musim salji. Boleh bermain ski disini.

Kashmir sememangnya mempunyai keistimewaan sendiri. Pemandangan yang memukau dan iras Swiss inilah yang membuatkan Kashmir di gelar sebagai Switzerland of Asia. Gulmarg juga sangat terkenal apabila hadirnya musim salji di sini. Pemandangan akan menjadi lebih memukau dengan hamparan salji memutih di segenap segi.

Gulmarg juga merupakan lokasi terkenal untuk permainan sukan salji seperti ski. Di sini juga terdapat gondola tertinggi di dunia yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu pertama pada ketinggian 11,000 kaki dan kedua pada ketinggian 14, 000 kaki. Wow, tinggi bukan.

#3- PAHALGAM

5 lokasi menarik di kashmir-pahalgam 1

Pahalgam terletak 95 kilometer daripada ibu kota Jammu- Kashmir iaitu Srinagar. Pahalgam merupakan lokasi yang terkenal dengan safron yang berkualiti dan merupakan antara pengimport safron yang terbesar di dunia. Safron merupakan herba yang begitu mahal harganya dan dikategorikan sebagai herba paling mahal di dunia. Pahalgam agak kurang sibuk jika hendak dibandingkan dengan tempat lain di Kashmir.

5 lokasi menarik di kashmir-safron di pahalgam

Safron di Pahalgam. Sangat cantik.

Pahalgam juga merupakan lokasi yang sesuai untuk pencinta sukan golf. Terdapat sebuah padang golf 18 lubang yang berlatar belakangkan gunung ganang yang diliputi salji pada ketinggian 7250 dari paras laut. Bagi yang suka aktiviti lasak, aktiviti menunggang kuda pun ada kat Pahalgam ni.

Antara makanan yang terkenal di sini ialah nasi beriani yang agak pedas jika dibandingkan dengan daerah lain.

#4- TULIP GARDEN

5 lokasi menarik di kashmir-tulip garden

Lokasi Tulip Garden ini terletak tidak jauh dari Srinagar dan kebun tulip disini merupakan kebun tulip yang terbesar di Asia dan hanya dibuka ketika tulip berbunga. Luas kebun ini adalah sebesar 30 hektar. Sangat luas kan.

5 lokasi menarik di kashmir-tulip garden

Credit Image : via Travel Triangle

Bunga tulip akan kelihatan cantik sekitar awal bulan April jadi untuk sesiapa yang berhajat melihat bunga tulip di depan mata seeloknya datang pada waktu berkenaan. Ini adalah kerana jangka hayat bunga tulip adalah tidak lama. Oleh sebab itu taman tulip ini hanya di buka selama dua minggu sahaja iaitu 1 April sehingga 15 April. Jadi sesiapa yang nak teringin nak tengok tulip depan tu, datang Kashmir pada sekitar tarikh berkenaan ye.

#5- SONAMARG

5 lokasi menarik di kashmir-sonamarg

Sonamarg terletak kira-kira 87 kilometer daripada bandar Srinagar. Sonamarg merupakan sebuah kampung yang di kelilingi oleh pergunungan salji dan pemandangannya sangat cantik dan indah. Di sini terkenal dengan aktiviti sukan lasak dan untuk sampai ke kawasan glasier terdapat dua pilihan iaitu sama ada berjalan kaki atau dengan cara menunggang kuda padi.

Untuk sesiapa yang nak merasai pengalaman menunggan kuda padi yang comel tu, inilah masanya. Sambil menunggang kuda tu sambil menikmati keindahan sekeliling yang pastinya dapat memberikan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Kalau tak ada baju sejuk dan kasut yang sesuai untuk aktiviti menunggang kuda ni, jangan risau sebab ada sewaan jaket untuk kasut macam boot tu kat sini.

5 lokasi menarik di kashmir-sonamarg 2

Credit Image : Shakyasom Majumder

Menunggang kuda untuk ke kawasan glasier tu akan mengambil masa lebih kurang sejam macam tu dan apabila kita tiba di kawasan glasier berkenaan, kita boleh pula mencuba aktiviti gelongsor salji. Ada tempat sewaan gelongsor salji kat situ. Pada bukan musim sejuk pula, Sonamarg sangat sesuai untuk pencinta aktiviti lasak seperti white water rafting. Menarik dan rasa macam penuh je aktiviti kalau datang sini kan, tak kira musim.

Baca lagi : 10 Tempat Menarik di Uzbekistan

Ini adalah antara lima lokasi menarik yang terdapat di Kashmir. Selain pemandangan yang menarik, Kashmir juga menawarkan pelbagai juadah tempatan yang sangat lazat dan istimewa. Di Kashmir hidangan daging kambing merupakan hidangan yang popular dan mudah di dapati di sini. Percutian ke wilayah ini boleh dilakukan sepanjang tahun kerana setiap musim memberikan pengalaman dan suasana yang berbeza. Untuk yang nak melihat tulip, main salji dalam kos yang lebih murah daripada Eropah, Kashmir adalah tempatnya.

Ingin ke Kashmir? Sertai Kami. Klik di Sini

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!