Korang Kena Cuba! #5 Penginapan Unik Ini Wujud Di Malaysia

Malaysia terkenal sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan variasi lokasi yang indah. Di samping kebudayaan yang unik hasil daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, Malaysia juga menawarkan pelbagai keunikan dari segi  penginapan untuk para pelancong, sama ada pelancong tempatan atau luar.  Mari kita lihat senarai 5 penginapan unik yang terdapat di Negara kita.

#1- TIME CAPSULE RETREAT, PAHANG

Time Capsule Retreat terletak di sungai Lembing. Penginapan ini bercirikan hipster dan santai. Terdapat empat jenis bilik iaitu White Cottage 1, White Cottage 2, Capsule 1 dan Capsule 2. Suasana di sekitar penginapan ini sangat tenang kerana berada jauh dari kesibukan bandar dan  berada di kawasan yang agak terpencil. Jadi memang sesuai sangat bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota atau bagi mereka yang sukakan kedamaian alam semulajadi.

SUKA DENGAN TIME CAPSULE ?BOOKING SEKARANG. KLIK SINI!

5 Peningapan Unik Yang Wujud Di Malaysia- Time Capsule-01

5 Peningapan Unik Yang Wujud Di Malaysia- Time Capsule-02

5 Peningapan Unik Yang Wujud Di Malaysia- Time Capsule-03

SUKA DENGAN TIME CAPSULE ?BOOKING SEKARANG. KLIK SINI!

#2- BUSTEL, KLEBANG MELAKA

Ingin merasai pengalaman tidur di dalam bas? Apabila terdengar soalan begini terasa seperti sesuatu yang agak lucu kerana pasti ramai dalam kalangan kita pernah tertidur dalam bas apabila menaiki bas untuk ke sesuatu destinasi.

Untuk merasai satu pengalaman unik tidur di dalam bas yang telah diubahsuai menjadi satu penginapan yang lengkap dengan kemudahan asas, anda boleh nikmatinya apabila berkunjung ke Pantai Klebang di Melaka.

Hotel daripada bas terpakai ini terletak tidak jauh dari jalan utama pantai. Luaran bas nampak usang, namun di dalamnya terdapat kemudahan serba lengkap untuk para penginap.

Mungkin tidak secanggih hotel mewah, tetapi kemudahan seperti tandas, tv dan penghawa dingin disediakan. Di sekitarnya pula terdapat pelbagai gerai makanan, jadi tiada masalah untuk mendapatkan makanan yang enak-enak.

Sayang sekali operasi Bustel ini telah ditutup atas sebab yang kami sendiri tak pasti. Namun kami masih senaraikan ia sebagai sebuah keunikan yang pernah wujud di Malaysia.

5 Peningapan Unik Yang Wujud Di Malaysia- Bustel Klebang-01

5 Peningapan Unik Yang Wujud Di Malaysia- Bustel Klebang-01

Baca Lagi : 10 Tips Bulan Madu Paling Awesome

#3- TUBOTEL, LANGKAWI

Tubotel Hotel merupakan satu lagi penginapan dengan rekabentuk unik.  Hotel ini berbentuk tube dan kebanyakan biliknya menghadap ke arah laut. Terletak di lokasi yang tidak jauh daripada Pantai Cenang, Underwaterworld, lapangan terbang dan juga kereta kabel. Bilik-bilik Tubotel dilengkapi dengan kipas, lampu, aircond dan tuala mandi. Terdapat dobi, farmasi, mini mart dan kedai makan berdekat hotel.

5 penginapan unik yang wujud di malaysia- tubotel langkawi-02

5 penginapan unik yang wujud di malaysia- tubotel langkawi-03

5 penginapan unik yang wujud di malaysia- tubotel langkawi-01

#4- DASH BOX HOTEL, CYBERJAYA

Hotel yang terletak di Cyberjaya ini menawarkan tempat penginapan dengan rekabentuk yang menarik dan segar. Lokasinya strategik dan terletak tidak jauh dari bandar. Terdapat dua jenis bilik iaitu Kabin dan Studio. Terdapat juga kolam renang yang pastinya membuatkan anak-anak tidak sabar untuk mandi didalamnya. Sesuai untuk percutian ringkas di hujung minggu.

5 penginapan unik yang wujud di malaysia- dash box cyberjaya-01

5 penginapan unik yang wujud di malaysia- dash box cyberjaya-02

#5- THE KABIN, KUALA SELANGOR

The Kabin merupakan resort yang dibina menggunakan konsep kontena. Dekorasinya ringkas dan minimalis. Terdapat kolam renang yang besar dan selesa dikawasan penginapan ini. Terdapat beberapa tempat menarik

5 penginapan unik yang wujud di malaysia- the kabin kuala selangor-03

5 penginapan unik yang wujud di malaysia- the kabin kuala selangor-02

5 penginapan unik yang wujud di malaysia- the kabin kuala selangor-01

Baca Lagi : 10 Tips Bulan Madu Paling Awesome

Ternyata negara kita juga menawarkan pelbagai keunikan penginapan. Anda pasti akan memperoleh pengalaman yang menarik sekiranya berkunjung ke tempat-tempat yang telah disenaraikan.

Suka Dengan artikel ini? LIKE & SHARE sekarang. Mahu Dapatkan Pakej Percutian Murah Dalam & Luar Negara? Daftar secara PERCUMA di bahagian bawah. Hanya masukan NAMA & EMAIL. Kami akan email terus kepada anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!