5 Haiwan Unik Di Hutan Hujan Amazon. Nombor 3 Kecil Tapi Bahaya

Hutan Hujan (Rainforest) Amazon merupakan antara hutan hujan yang terbesar di dunia. Luas Hutan Hujan Amazon adalah sebanyak 5.5 juta kilometer dan merangkumi 8 buah negara iaitu Brazil, Bolivia, Peru, Ecuador, Columbia, Venezuela, Guyana, Suriname dan sebahagian tempat Perancis yang bernama French Guiana. Bayangkan betapa luasnya Amazon ini. Hutan Hujan Amazon juga turut mempunyai sungai di dalamnya, dikenali sebagai Sungai Amazon yang juga turut merupakan sungai terbesar di dunia.

Walaupun termasuk dalam 8 buah negara, namun lebih separuh daripada hutan berkenaan berada dalam negara Brazil. Apa yang menarik tentang Hutan Hujan Amazon ini ialah ia mempunyai banyak spesies binatang termasuklah binatang-binatang unik yang tiada pada tempat lain dalam ekosistemnya. Samada haiwan di darat atau  di sungai, Amazon mempunyai penghuni yang mempunyai keunikan dan misterinya yang tersendiri.

Mari kita saksikan beberapa haiwan unik yang wujud dalam Amazon, yang mungkin tidak akan dijumpai di tempat lain.

#1- GREEN ANACONDA

haiwan unik di Amazon-01

Credit Image : Animal Spot

Terdapat empat spesies Anaconda atau Euectes yang membawa maksud perenang yang baik namun Green Anaconda merupakan antara spesies yang paling dikenali. Green Anaconda merupakan spesies yang paling besar saiznya dalam keluarga Anaconda. Green Anaconda boleh membesar sehingga 5 meter panjang iaitu 17 kaki. Wow!

Baca lagi : Kenali Tempat Paling Sejuk di Dunia

#2- KATAK BERACUN

haiwan unik di Amazon-02

 

Katak beracun ni sekali pandang memang menarik warnanya namun awas, kerana ia dikategorikan sebagai binatang yang paling beracun di muka bumi. Ada beberapa spesies katak beracun ini memiliki racun yang sangat tinggi, contohnya spesies katak Poison Dart. Di katakan dengan menyentuh Poison Dart, boleh membunuh manusia dalam tempoh yang sangat singkat.  Jadi berhati-hati dan jangan tertipu dengan keindahan fizikalnya.

#3- IKAN CANDIRU

haiwan unik di Amazon-03

Ikan ini secara fizikalnya kecil saja, kelihatan tidak berbahaya namun ia adalah kategori haiwan yang berbahaya. Malah ada yang menyifatkan ikan candiru ini lebih berbahaya dan lebih ditakuti berbanding piranha. Hal ini demikian kerana ikan ini mampu berenang memasuki saluran genital manusia. Untuk mengeluarkannya pembedahan perlu dijalankan. Huish. Seram.

#4- PIRANHA

haiwan unik di Amazon-04

Piranha ni boleh dikatakan sinonim sangat dengan Sungai Amazon ni. Ia merupakan ikan air tawar yang terkenal dengan gigi-gigi yang tajam dan perwatakan ganas. Ikan piranha juga bergerak dalam kumpulan dan ini menyeramkan bila diserang oleh sekumpulan ikan gigi tajam dan ganas ini. Piranha ikan yang bersaiz kecil, sekitar 6 sehingga 10 inci sahaja namun ia merupakan kategori ikan yang ganas.

Ada yang memanggil piranha sebagai monster walaupun saiznya kecil. Ada juga yang memanggilnya Predator. Yang pastinya panggilan tersebut bukanlah merujuk kepada fizikalnya namun sifatnya yang ganas itu.

#5- KATAK LUTSINAR ( GLASS FROG)

haiwan unik di Amazon-05

Credit Image : Ross Maynard

Haiwan seterusnya yang wujud di Amazon ialah katak lutsinar atau Glass Frog. Uniknya katak ini badannya lutsinar jadi kita boleh lihat organ di dalamnya. Unik kan. Spesies katak ini dikatakan antara katak yang hampir pupus. Lebih menarik, telurnya juga lutsinar sehinggakan anda boleh nampak kepala dan ekor anak katak sedang menjadi atau telah menjadi berudu. Sangat unik.

Baca lagi : 5 Pulau Misteri dan Menyeramkan

Ternyata Amazon mempunyai pelbagai spesies haiwan unik, menarik dan ada yang berbahaya. Ini adalah antara yang wujud di sana. Misteri alam sememangnya seronok untuk diterokai dan kewujudan pelbagai spesies haiwan memberikan kita ilmu tentang kehidupan alam semulajadi.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!