Anda Sukakan Alam Semulajadi? Ini 5 Destinasi Untuk Pencinta Alam.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Terdapat pelbagai pilihan lokasi menarik yang ditawarkan oleh negara kita buat pencinta alam. Lokasi yang tenang dan damai sangat sesuai bagi mereka yang ingin melepaskan tekanan dan lelah di tempat kerja. Bayangkan dapat merehatkan diri dalam satu situasi aman dan tidak diganggu dengan keriuhan seperti di kota. Yang ada hanya kedengaran bunyi kicauan burung dan bunyi-bunyian yang sinonim dengan simfoni alam. Aduh, sungguh mendamaikan hati dan melapangkan fikiran. Mari kita lihat senarai lokasi yang sesuai buat anda, pencinta keindahan alam semulajadi.

#1- TAMAN NEGARA, PAHANG

Taman Negara Pahang adalah tempat yang wajib dilawati sekiranya anda seorang pencinta alam semulajadi yang sejati. Taman Negara Pahang terletak di Kuala Tahan, Pahang.Tempat ini agak jauh ke dalam dan sesuai untuk mereka yang mencari ketenangandalam hutan yang  jauh dari  hiruk pikuk kota.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah seperti mendaki Gunung Tahan, Jungle Trekking, menaiki jambatan gantung, melawat perkampungan orang asli, dan banyak lagi. Untuk organisasi yang ingin menganjurkan team building juga sesuai diadakan disini. Jangan risau tentang kemudahan penginapan. Terdapat banyak kemudahan penginapan yang selesa disini.

5 destinasi semulajadi paling best di malaysia-taman negara pahang-01

5 destinasi semulajadi paling best di malaysia-taman negara pahang-02

image credit marcellishirley

#2- TADOM HILL RESORT

Resort ini dikelilingi oleh 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan jauh dari kesibukan bandar. Pemandangan semulajadi yang unik dan cantik dapat memberi ketenangan kepada para pengunjung. Jangan risau tentang penginapan. Terdapat pelbagai pilihan penginapan disini, antaranya Garden Tents Side, Gendui Chalet, Bamboo Hut dan lain-lain.

5 destinasi semulajadi paling best di malaysia-tadom hill-02

5 destinasi semulajadi paling best di malaysia-tadom hill-01

credit image : akidaizuddin

Baca Lagi : 5 Negara Musim Bunga Wajib Pergi.

 

#3- GLAMGOAT AMAN DUSUN FARM RETREAT

Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat terletak di Hulu Langat Selangor. Percutian disini pasti mengujakan pencinta alam semulajadi. Suasana di kelilingi dengan pokok-pokok hutan yang menghijau dan juga sungai yang sejuk mengalir. Bunyian-bunyi serangga, monyet, unggas dan juga bunyi air sungai mengalir pasti memberi ketenangan tidak terhingga. Ada ladang kambing, yang mana kambing-kambing di sini dibiarkan meragut secara bebas.

5 destinasi semulajadi paling best di malaysia-glamgoat aman dusun-01

5 destinasi semulajadi paling best di malaysia-glamgoat aman dusun-01

#4- TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

Taman ini terletak di Ipoh Perak. Tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan taman rekreasi ini. Apa yang menariknya taman ini dilengkapi dengan tiga tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Sangat sesuai untuk mereka yang cintakan flora dan fauna.

Tasik Gunung Lang juga dipenuhi dengan pelbagai spesies ikan air tawar seperti kelah, lampam, kap, tilapia dan juga keli. Pengunjung berpeluang untuk melakukan aktiviti memberi makan kepada pelbagai hidupan yang ada dalam tasik berkenaan.

Terdapat juga laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi dengan menara pandang jauh, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, gerbang warisan, tandas dan surau. Juga terdapat lading rusa dan burung.

5 destinasi semulajadi paling best di malaysia-gunung lang-01

5 destinasi semulajadi paling best di malaysia-gunung lang-02

#5- TEMPLER PARK RAINFOREST RETREAT

Jika anda benar-benarkan inginkan satu percutian yang tenang, damai dan mengasyikkan, Templer Park Rainforest Retreat adalah lokasi yang paling sesuai untuk anda. Terletak di Hutan Simpan Kancing, ia merupakan satu resort dalam kawasan yang menakjubkan.

Resort ini mementingkan privasi dan sebarang lawatan tidak dibenarkan. Ini bagi memastikan pengunjung dapat bercuti tanpa gangguan. Walaubagaimanapun, rate harga yang dikenakan oleh resort ini tidak sesuai bagi mereka yang inginkan percutian bajet.

5 destinasi semulajadi paling best di malaysia-templer park rainforest retreat-03

5 destinasi semulajadi paling best di malaysia-templer park rainforest retreat-03

Baca Lagi : 10 Tips Bulan Madu Paling Awesome

 

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE SEKARANG. Mahu dapatkan pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar sekarang secara PERCUMA dibawah. Hanya masukan NAMA & EMAIL dan sahkan. Apa tunggu lagi..

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!