5 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan di Pulau Redang.

Pulau Redang merupakan salah satu pulau  yang terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Ramai pelancong tempatan dan antarabangsa yang melawat Pulau Redang saban tahun. Pulau Redang terletak di di sebuah negeri di pantai timur Malaysia, iaitu Terengganu.

Pulau ini terkenal dengan airnya yang biru dan pasirnya yang halus.  Pulau Redang terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu Teluk Kalong, Teluk Bakau, Teluk Dalam dan Pasir Panjang. Keempat kawasan ini mempunyai chalet dan kawasan penginapan yang tersendiri. Lokasi yang selalu menjadi kegemaran pelancong ialah di bahagian Pasir Panjang ( Long Beach ).

Baca lagi :Macam Kat Oversea, Tapi Sebenarnya Kat Malaysia

Terdapat banyak chalet dan resort di sepanjang kawasan Pantai Panjang berkenaan.  Setiap chalet atau resort menawarkan pakej tertentu untuk para pelancong. Jadi sebelum nak datang sini, boleh tengok-tengok dulu pakej yang disediakan oleh resort dan chalet yang berkaitan. Atau nak lagi mudah boleh berhubung dengan agensi pelancongan sebab nanti dorang yang akan uruskan semuanya.

Terdapat dua jeti untuk ke Pulau Redang iaitu jeti Shahbandar dan Jeti Merang.  Untuk artikel kali ini, penulis akan memberi info tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Redang. Teruskan bacaan ye.

#1- SNORKELING

5 aktiviti boleh dilakukan di Pulau Redang-01

Credit Image : Pojiegraphy

Siapa pernah snorkeling? Yang dah pernah dan minat, mesti tahu keseronokannya macamna kan, tapi kalau yang belum pernah cuba apa kata korang cuba kat Pulau Redang ni. Snorkeling adalah antara aktiviti yang boleh dikatakan mesti buat bila korang sampai kat sini. Air di Pulau Redang sangat jernih dan banyak ikan-ikan comel korang boleh tengok.

Banyak destinasi snorkeling yang menarik di sekitar Pulau Redang. Yang best nya korang boleh bagi roti kat ikan-ikan tu. nanti banyak ikan datang kat korang. Sebab itu  merupakan satu cara terbaik nak menarik perhatian ikan-ikan tu datang kat korang sebenarnya. Mesti terhibur hati tengok ikan-ikan tu datang dekat nak makan roti tu nanti.

Kawasan perairan di pulau ini juga dikategorikan landai dan kawasan untuk snorkeling dibahagikan mengikut jenis. Ada yang cetek dan sesuai untuk kanak-kanak. Ada yang dalam sedikit, itu sesuai untuk orang dewasa.

Terumbu karang juga banyak yang cantik-cantik di sini tapi hati-hati ye jangan sampai terpijak terumbu karang kerana batu karang sensitif dan mudah mati. Terumbu karang adalah sejenis koloni haiwan kecil yang mengambil masa beratus tahun untuk kelihatan struktur yang dilihat sekarang. Jadi masa tengah snorkeling tu hati-hati jangan sampai terpijak atau tersentuh terumbu karang tu ye.

#2- BERJALAN SEKITAR PULAU DAN BERSANTAI

5 aktiviti boleh dilakukan di Pulau Redang-03

Bersantai atau berjalan kaki sekitar pulau juga merupakan aktiviti yang menarik. Aktiviti berjalan-jalan ni boleh memberikan satu kedamaian sambil melihat keindahan alam yang terbentang. Antara yang boleh dilalui ialah sekitar kawasan Pasir Panjang menuju ke Teluk Dalam, lebih kurang sejauh 2 kilometer. Sambil berjalan, sambil menikmati keadaan sekeliling yang segar.

Kalau tak nak berjalan pun sekadar duduk di pasir pantai sambil menikmati keindahan alam pun best juga. Menikmati angin laut yang menyegarkan. Apatah lagi kalau korang datang untuk berbulan madu, berjalan atau bersantai dengan pasangan sambil bercerita tentang impian hidup. Indah bukan?

#3- MELIHAT PENYU

5 aktiviti boleh dilakukan di Pulau Redang-03

Sumber Gambar : Cari Destinasi

Penyu ibarat simbol atau trademark untuk negeri Terengganu. Kat Redang ni ada pusat penyelidikan penyu tau. Korang yang teringin nak tengok penyu depan mata memang sesuai datang Pulau Redang ni. Penyu juga merupakan antara tarikan yang terdapat di Pulau Redang. Terdapat kawasan utama di Pulau Redang yang sering didatangi penyu untuk mengawan dan bertelur, antaranya ialah Pasir Chagar Hutang.

Masa tengah snorkeling pun boleh nampak kelibat penyu. Antara penyu yang sering datang ke Pulau Redang ialah daripada spesies Penyu Hijau. Pusat penyelidikan penyu yang terdapat di sini ialah Stesen Penyelidikan Penyu Chagar Hutang. Jom, yang nak tengok penyu tu, boleh datang Pulau Redang.

#4- AKTIVITI SCUBA DRIVING

5 aktiviti boleh dilakukan di Pulau Redang-04

Sumber Gambar : Laguna Redang Island Resort

Pulau Redang juga merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk penyelam scuba berlesen. Pemandangan indah di dasarnya membuatkan pengalaman menyelam di sini sangat berbaloi.

Antara kawasan menyelam yang terkenal di Pulau Redang ialah Tanjung Lang dan Tanjung Tokong. Dua kawasan ini merupakan antara kawasan menyelam yang terkenal bukan sahaja dalam kalangan penyelam rakyat Malaysia malah dalam kalangan pelancong luar negara..

Untuk mereka yang nak mengambil gambar dalam air tapi tak ada kamera yang sesuai, jangan risau sebab kat sini juga terdapat kedai yang menyewakan kamera kepada pelancong yang berhasrat untuk mengambil gambar dalam air laut.

#5- MELIHAT MATAHARI TERBENAM

5 aktiviti boleh dilakukan di Pulau Redang-05

Credit Image : tangankubukantanganmu.blogspot

Ini adalah satu aktiviti yang boleh menenagkan jiwa. Keindahan alam merupakan satu terapi yang baik sebenarnya, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sering rasa terbeban atau tertekan dengan masalah kerja atau kehidupan. Tinggalkan semua itu dulu kerana di Pulau Redang kita perlu betul-betul menikmati pesona alam yang terdapat di situ. Barulah berbaloi datang jauh-jauh. Tenangkan hati dan lapangkan fikiran.

Matahari terbenam di Pulau Redang merupakan antara suasana yang paling cantik yang boleh dilihat disini. Untuk melihat pemandangan matahari terbaik di Pulau Redang pengunjung perlu bangun sekitar pukul 4-5 pagi atau lebih kurang selewat-lewatnya 6 pagi. Rasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan jangan lupa rakam detik-detik pemandangan indah berkenaaan ok?

Baca lagi : Tip Travel Secara Berkumpulan

Ini adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Redang. Malaysia sememangnya kaya dengan pulau-pulau yang cantik termasuklah Pulau Redang. Sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga, berbulan madu atau bersama rakan-rakan. Pasti kehadiran korang kat sini memberikan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Ingin Ke Pulau Redang? Kami Ada Tawarkan Pakej. Klik Disini

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!