11 Lokasi Mudah Pergi Menarik di Shah Alam Yang Ramai Tak Tahu

Shah Alam merupakan ibu negeri kepada negeri Selangor. Seperti yang diketahui umum Selangor merupakan sebuah negeri antara yang termaju di Malaysia dan dipandang sebagai sebuah negeri perindustrian. Shah Alam juga boleh dikategorikan sebagai sebuah bandar yang seimbang dari segi material dan alam semulajadinya. Hal ini kerana, terdapat landskap-lanskap hijau menarik di sekitar bandar.  Selain itu,  tahukah korang sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Shah Alam. Bagi yang bercadang untuk mengadakan percutian bandar,mungkin boleh mempertimbang untuk melawat bandar ini. Di sini, penulis akan menyenaraikan 11 lokasi menarik di Shah Alam. Jom kita lihat lokasi-lokasinya.

#1-I-CITY

percutian bandar shah alam-02

Credit Image : The Pearl Kuala Lumpur

Baca lagi :5 Negara Musim Bunga Asia Wajib Pergi.

 

I-City merupakan satu kawasan yang dipenuhi dengan lampu-lampu LED yang sangat cantik melalui pelbagai bentuk.

Pasti ramai yang pertama kali menjejakkan kaki di sini akan terpegun melihat lampu-lampu unik aneka bentuk gaya yang teguh menyinari suasana malam  disini. Limpahan lampu-lampu yang berbentuk bunga, flamingo, dan pelbagai lagi pasti menggamit para pengunjung untuk merakamkan kenangan di sini.

Selain lampu-lampu LED menarik berkenaan, banyak lagi aktiviti menarik di sini, Antaranya Snowalk, Laser War Zone, Red Carpet, Space Mission, Trick Art Museum, Circus Travel dan banyak lagi! Bagi yang ada anak-anak kecil boleh bawa bermain di sudut khas permainan kanak-kanak dan akan dikenakan bayaran tertentu seperti mainan-mainan yang lain. Pasti anak-anak akan seronok happy tak terkata.

#2-SETIA CITY MALL

percutian bandar shah alam-03

Credit Image : Tourism Selangor

Bagi yang mencari tempat membeli belah yang best kat sini, apa kata korang cuba ke Setia City Mall. Macam-macam brand terkenal ada di sini. Dari segi pakaian, barangan kelengkapan rumah dan makanan-makanan yang enak semua ada di sini.

Dan yang paling bestnya ada taman di sebelah mall ni yang boleh jadikan tempat untuk korang bersantai dengan family. Boleh main buih belon kat sini. Bawak anak-anak, mesti happy dorang kan. Ada jugak air pancut warna warni kat sini. Pendek kata, Setia City Mall ni sesuai untuk aktiviti belah sambil bersantai.

#3-UPTOWN SHAH ALAM

percutian bandar shah alam-04

Credit Image : Mai Singgah

Uptown Shah Alam yang terkenal ni terletak di Seksyen 24. Pelbagai barangan ada disini, antaranya makanan, beg, topi, pakaian, tudung-tudung dan macam-macam lagi. Kalau musim perayaan memang meriah sangat-sangat uptown ni.

Dan jangan risau, uptown ni berbumbung jadi kalau masa tengah hujan renyai-renyai pun tetap boleh jalan shopping di dalamnya. So, kalau sapa-sapa yang datang Shah Alam tu jangan lupa datang sini ye.

 

#4-TAMAN BOTANI SHAH ALAM

percutian bandar shah alam-05

Baca lagi :10 Tips Bulan Madu

 

Taman botani ini terletak di Bukit Cerakah. Antara tarikan di Taman Botani Shah Alam ini ialah Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Ada musim bunga, musim luruh, musim panas dan musim salji. Musim-musim di sini di ubah setiap tiga bulan sekali mengikut musim semasa.

Jadi walaupun negara kita bukan negara empat musim namun dapatlah juga merasai pengalaman tu disini. Selain tu banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada kat sini.

Antaranya  taman buah-buahan tropika, taman tasik, taman herba, kawasan sawah padi dan zoo mini pun ada tau. Untuk aktiviti santai pulak korang boleh berbasikal keliling taman. Kalau nak yang lasak sikit korang boleh join aktiviti paint ball dan flying fox. Best kan? Jom ajak family dan kawan-kawan datang sini.

#5-SHAH ALAM EXTREME PARK

percutian bandar shah alam-06

 

Ada sesiapa minat aktiviti lasak kat sini? Nah, ini lokasi yang sesuai untuk korang. Shah Alam Extreme Park ni kat Seksyen 13 Shah Alam. Tak jauh dari Stadium Shah Alam. Setelah penat bekerja atau belajar apa kata luangkan masa untuk aktiviti yang korang minat pulak. Barulah seimbang hidup ye dok? Hehe.

Kat sini korang boleh main skateboard, wall climbing, basikal, futsal dan paint ball. Boleh santai sambil keluarkan peluh kat sini. Untuk yang tak pernah try aktiviti-aktiviti macam ni sebelum ni apa kata korang try kat extreme park ni. Syok jugak tu sekali sekala cuba perkara dalam hidup , baru hidup penuh warna warna dan tak statik kan.

#6-TAMAN TASIK SHAH ALAM

percutian bandar shah alam-07

Credit Image : Utusan Online

Taman Tasik Shah Alam telah direka oleh arkitek lanskap dari Jepun bernama Fumiaki Takano pada tahun 1985. Lokasi ini merupakan antara tempat riadah yang sering menjadi tumpuan warga Shah Alam untuk bersantai bersama keluarga. Saiznya luas dan selesa.

Taman permainan juga disediakan untuk anak-anak kecil bermain. Boleh berjogging, berbasikal  secara santai disini. Kat taman ni jugak sesuai untuk melihat burung-burung kerana di tengah-tengah tasik terdapat satu tasik yang kadangkalanya disinggah burung bangau. Ada jugak disediakan gazebo dan mudah untuk rehatkan diri disitu. Kalau nak buat sambutan majlis hari jadi pun sesuai di sini. Best kan?

#7-DATARAN BUNGA RAYA

percutian bandar shah alam -08

Credit Image : Cuti Sini

Satu lagi kawasan tarikan pelancong yang menarik di Shah Alam ialah Dataran Bunga Raya. Dataran ini terletak di Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam di Seksyen 14.  Sesuai dengan nama yang diberikan, di kawasan ini terdapat pelbagai jenis bunga raya yang mempunyai pelbagai warna seperti merah, putih, merah jambu dan peach. Antara lokasi yang cantik untuk bergambar kenangan. Kalau korang nak bawak keluarga datang sini memang sesuai sangat. Boleh santai-santai dan relas sambil menikmati keindahan alam.

 

#8-MASJID SULTAN SALAHUDIN AZIZ SHAH

 

percutian bandar shah alam -01

credit image : SchoolAdvisor.My

Terletak di seksyen 14 Shah Alam. Masjid ini dirasmikan pada tahun 1988.  Sebuah masjid yang sangat besar dan cantik. Apabila penat berjalan dan sudah masuk waktu solat apa kata korang singgah di sini untuk menunaikan solat.

Masjid ini bukan sahaja mempunyai senibina yang menarik tetapi turut aktif dengan kelas pengajian agama dan pengisian ilmu. Dalam bulan Ramadhan masjid ini ‘sangat hidup’hampir 24 jam sehari  kerana ramai warga Shah Alam mengimarahkan masjid ini.

Hal ini adalah sesuatu yang sangat baik kerana dapat membentuk kehidupan yang seimbang dari segi material dunia dan akhirat.

#9-PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA

percutian bandar shah alam -09

Credit Image : Time Out

Shah Alam antara bandar yang mementingkan ilmu dalam kalangan warganya. Bagi korang yang datang melawat Shah Alam jangan lupa untuk singgah di Perpustakaan Raja Tun Uda yang terletak di Seksyen 13. Perpustakaan ini sangat cantik dan perlbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di dalamnya.

Sedikit informasi menarik tentang perpustakaan ini ialah mampu memuatkan sehingga 400,000 buku dan mampu menampung sehingga 2500 pelawat pada satu-satu masa. Saiznya luas dan mesra kanak-kanak. Ada perpustakaan khas untuk kanak-kanak tau, memang sesuai untuk bawak anak-anak di sini. Dapat didik anak-anak untuk mencintai ilmu dan buku pada peringkat awal usia.

Selain itu pelawat juga boleh guna kemudahan awam seperti computer dan internet berkelajuan tinggi. Pendek kata perpustakaan ni memang sesuai untuk seisi keluarga. Kalau korang rasa nak santai tapi sambil-sambil nak tambah ilmu, boleh datang sini ye.

#10-KOMPLEKS TAMAN SENI ISLAM

percutian bandar shah alam -10

Credit Image : Khir Khalid

Kompleks ni terletak di Seksyen 10. Apa yang menariknya, kompleks ini menempatkan manuskrip Al-Quran asli yang bernilai tinggi yang dianggarkan bernilai 20 juta.  Di dalam komples ini juga korang boleh tengok beberapa galeri berbeza macam Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Al-Quran Mushaf Malaysia, Bahagian Penyalinan Mushaf Malaysia, Rekaan, Pewarnaan, Grafik dan Penerapan Emas.

Kompleks ni jugak merupakan tempat penghasilan hasil seni Islamik. Mungkin ada yang belum tahu, Yayasan Restu merupakan organisasi yang bertanggungjawab menghasilkan Al-Quran tulisan tangan yang pertama di Malaysia. Menarik kan.

Banyak ilmu tentang agama Islam dapat kita peroleh kat sini. Jadi penulis cadangkan korang bawak anak-anak datang sini untuk terapkan rasa minat anak-anak tentang seni  Islam.

#11-TAMAN TEMA AIR WET WORLD

Credit Image : Cuti Sini

Taman Tema Wet World terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Shah Alam. Walaupun tidak sebesar taman tema air seperti Sunway Lagoon namun taman tema ini menjanjikan keseronokan yang tersendiri. Kalau korang nak hiburkan hati isteri atau anak-anak ini adalah antara lokasi yang penulis cadangkan.

Ada beberapa segmen dan jangan risau ada juga kolam air yang sesuai untuk anak-anak kecil dan mandi sambil dipantau oleh mak ayah masing-masing. Ada jugak aktiviti gelongsor atas papan gelongsor air sambil naik pelampung bentuk 8 tu. Memang menyeronokkan. Di buka setiap hari kecuali hari Rabu.

Ternyata bandar Shah Alam mempunyai tarikannya yang tersendiri. Bagi korang yang mencari sesuatu kelainan dalam bercuti bersama keluarga, boleh lah datang ke bandar Anggerik ini  dan nikmati pengalaman percutian bandar yang santai dan tenang di sini.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!