11 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Sewaktu Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah tiba. Pasti ibu bapa sedang mencari aktiviti yang sesuai untuk dilakukan oleh anak-anak kan. Sememangnya cuti sekolah perlu di isi dengan aktiviti yang bermanfaat danmenyeronokkan.

Jom kita lihat 11 aktiviti cuti sekolah yang menarik yang boleh dijalankan sempena cuti sekolah yang sudah pun tiba ni. Pasti anak-anak gembira.

#1- BALIK KAMPUNG

Balik kampung mungkin dah selalu balik tapi sempena cuti sekolah ni boleh balik lama dari kebiasaan. Boleh eratkan lagi hubungan anak dengan atok dan nenek kat sana.

Namun jangan lupa pesan kepada anak-anak apabila balik kampung tu ringankan tulang membantu nenek di kampung ya, pasti dorang lebih sayang.

Contoh, boleh bantu nenek kupas bawang ke, kutip buah kelapa ke. Tak semestinya kerja yang berat-berat tapi yang penting anak-anak bawa sikap yang baik ke kampung halaman.

Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan bersifat kekeluargaan yang membahagiakan.

Baca lagi : 19 Tempat Menarik Di Terengganu.

#2- MELANCONG

aktiviti cuti sekolah-01

Melancong bersama keluarga dapat memberi pengalaman baru yang mungkin tak dapat dilupakan sepanjang hidup.

Sekiranya ibu bapa berkemampuan, mungkin boleh ajak ibu bapa berjalan-jalan. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan kan.

#3- KEMAS RUMAH

aktiviti cuti sekolah-02

Sumber gambar : Google

Mengemas sebenarnya merupakan satu rutin harian dan bukan hanya perlu dilakukan semasa cuti sekolah saja.

Namun semasa cuti sekolah anda mungkin boleh mengajak anak-anak untuk melakukan operasi spring cleaning iaitu mengemas lebih sedikit daripada hari-hari biasa.

#4- MELAWAT SAUDARA MARA

Cuti sekolah merupakan masa yang sesuai untuk mengeratkan silaturahim dengan sanak saudara yang jarang dapat berjumpa pada hari-hari biasa.

Ini penting untuk anak-anak mengenali saudara mara yang sudah lama tidak ditemui kecuali mungkin hanya pada hari raya saja.

Ambil peluang untuk bawa anak-anak ke rumah saudara mara mereka agar mereka kenal saudara sendiri.

#5- BELAJAR MEMASAK

aktiviti cuti sekolah-03

Sumber gambar : Google

Ajar anak-anak untuk memasak masakan yang mungkin jarang dimasak sebelum ini.

Beri semangat kepada anak-anak untuk belajar memasak dengan cara membawa mereka ke pasaraya untuk membeli belah barangan masakan bersama-sama.

Boleh juga ajar anak-anak melihat resepi di internet. Resepi simple-simple pun ok. Contoh belajar buat nasi goreng letak telur mata ke. Simple tapi sedap.

#6- BERJALAN-JALAN DI BANDAR GUNA KENDERAAN AWAM

aktiviti cuti sekolah-04

Kalau anak-anak belum pernah menaiki kenderaan awam, apa kata bawa anak-anak menaiki kenderaan awam dalam cuti sekolah ni, pasti meninggalkan kenangan manis untuk dorang.

Aktiviti ini kelihatanbiasa-biasa tapi sebenarnya sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang tak pernah menaiki kenderaan awam. Berjalan di bandar dengan cara yang lain dari kebiasaan.

Contohnya kalau sebelum ini keluar berjalan dengan menaiki kereta apa kata kali ni ubah, ajar anak-anak naik pengangkutan awam pula.

Kalau anda menetap di sekitar Lembah Klang boleh ajak anak-anak naik LRT atau Komuter untuk ke KL. Pasti dorang semua terhibur.

#7- KEM MOTIVASI

Kalau anda berkemampuan, boleh masukkan anak dalam mana-mana kem motivasi dalam cuti sekolah. Anak-anak boleh belajar sesuatu dalam kem ini di samping meningkatkan lagi jati diri dorang kan.

#8- BEKERJA SAMBILAN

Untuk anak-anak yang sudah besar, sekolah menengah khusunya mungkin boleh bekerja sambilan untuk mencari duit poket.

Namun pastikan kerja yang dilakukan anak-anak adalah kerja yang halal, selamat dan tidak menyalahi undang-undang. Boleh juga anak-anak merasai kesusahan mencari duit sendiri.

#9- KE PERPUSTAKAAN AWAM

aktiviti cuti sekolah-06

Sumber gambar : WaveBreakMedia/IstockPhoto

Bangsa membaca ialah bangsa yang berjaya. Walaupun sedang cuti sekolah tidak semestinya buku perlu ditinggalkan.

Galakkan minat membaca dalam kalangan anak-anak dengan membawa anak-anak ke perpustakaan awam seminggu sekali dalam cuti sekolah.

#10- KERJA AMAL

Penting untuk makanan rohani anak-anak. Sekiranya ada peluang untuk melakukan kerja amal, boleh galakkan anak-anak untuk menyertainya.

Contoh membersihkan kawasan masjid, program bersama anak yatim atau orang-orang tua.

Program-program sebegini dapat mengajar anak-anak untuk lebih bersyukur dan menghargai kehidupan serta sering berbuat baik terhadap orang lain.

#11- BERSUKAN

aktiviti cuti sekolah-05

Sumber gambar : The List/Carrie Madormo

Bawa anak-anak berjogging di taman yang berhampiran. Atau aktiviti sukan di mana-mana tempat yang bersesuaian. Ini dapat mengajar anak gaya hidup yang aktif dan sihat.

Baca lagi :  5 Tip Jimat Untuk Percutian Ke Pulau.

Ini adalah antara aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang anak-anak cuti sekolah. Jadikan cuti sekolah mereka penuh keriangan dengan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan. Anak-anak seronok mak ayah pun happy. Selamat bercuti adik-adik.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!