Ketahui 10 Lokasi Menarik Di Turki Yang Wajib Pergi

Turki merupakan sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Turki juga merupakan sebuah negara yang unik dan terdapat pelbagai lokasi menarik yang dapat menarik hati dan menggamit kehadiran pelancong seluruh dunia. Turki sememangnya kaya dengan sejarah penting dan juga kecantikan alam semulajadi. Sekiranya Paris sering dikaitkan dengan kota cinta, Turki juga tidak kurang kalahnya. Sesuai menjadi lokasi yang sesuai untuk berbulan madu kerana sesetengah kawasan di Turki dapat membangkitkan suasana tenang dan romantis melalui keindahan yang ada.  Selain itu, Turki juga sesuai juga dijadikan sebagai negara percutian bersama keluarga. Jom kita lihat 10 tempat atau lokasi menarik yang terdapat di Turki.

#1- MASJID BIRU

10 tempat menarik di turki- masjid biru

Credit Image : Islami City

Masjid Sultan Ahmet ini dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin-jubin di dalamnya di dominasi oleh jubin yang berwarna biru. Masjid ini dibina oleh Sultan Ahmet dan merupakan masjid pertama yang dibina oleh beliau.

Masjid ini didirikan sekitar tahun 1609 sehingga tahun 1616 Masihi. Ini bermakna selama 7 tahun diperlukan untuk pembinaannya. Para pelancong pasti terpegun dengan keindahan senibina Islam yang ditonjolkan dalam binaan Masjid Biru ini. Memang cantik sangat. Jadi korang, jangan lepaskan peluang melawat masjid Biru ni kalau datang Turki ok.

Baca lagi :5 Negara Destinasi Bunga Asia Wajib Pergi.

#2- CAPPADOCIA

10 tempat menarik di turki- cappadocia

Credit Image : Callipolo Tour

Cappadocia atau dalam bahasa Turki di sebut Kapadokyia terkenal dengan belon udara panas dan juga kawasan batuan yang unik terbentuk. Pemandangan di Cappadocia memang sangat cantik. Pastikan ambil peluang untuk menaiki belon udara panas sekiranya datang ke sini.

Lembah lembah batuan disini pasti memberi pengalaman indah seindah pemandangannya. Untuk yang minat bergambar, sini lokasi wajib untuk bergambar sebab keindahan pemandangannya sukar diungkapkan dengan kata-kata. Untuk yang datang berbulan madu, suasana di sini pasti memberikan pengalaman romantis buat korang dan pasangan.

#3- HAGHIA SOPHIA

10 tempat menarik di turki- haghia sophia

Credit Image : the Times

Haghia Sophia merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah yang menarik. Pada asalnya Haghia Sofia merupakan sebuah gereja semasa pemerintahan Byzantine sebelum diubah menjadi masjid apabila Sultan Muhammad yang digelar al-Fatih berjaya menawan Kota Costantinople.

Sekarang Haghia Sofia dijadikan muzium dan dikenali sebagai Muzium Aya Sofia serta merupakan antara tarikan utama pelancong di Turki. Menarik bukan?

#4- ISTANA TOPKAPI

10 tempat menarik di turki- topkapi palace

Credit Image : The History Hub

Istana Topkapi terletak di Selat Bosforus. Istana ini telah dibina pada tahun 1465 Masihi dan merupakan antara istana tertua di dunia. Binaan istana ini sangat luas dan mewah. Sekarang istana ini dijadikan pusat pentadbiran dan undang- undang dan juga perpustakaan.

#5- HIPPODROME

10 tempat menarik di turki- hippodrome

Credit Image : Tour Maker Turkey

Hippodrome terletak berhadapan dengan Masjid Biru. Hippodrome merupakan binaan yang yang berbentuk dataran yang mempunyai tiang-tiang dengan hasil bina Romawi.

Pada asalnya Hippodrome ini dijadikan sebagai kawasan tempat lumba kuda. Namun kini hanya tinggal tiangnya saja setelah dimusnahkan oleh kaum Roman. Jangan lupa rakamkan kenangan kat sini ye kalau datang Turki.

#6- PAMUKKALE

10 tempat menarik di turki- pamukkale

Credit Image : Kusadasi

Lagi satu keindahan yang ada di Turki. Merupakan salah satu keajaiban semulajadi yang terkenal di Turki. Teres-teres Traveltine yang putih di Pamukkale kelihatan seperti landaian salji.

Keindahan kolam air panas di Pamukkale ini memang sukar digambarkan dengan kata-kata. Cantik sangat pemandangannya. Menakjubkan!

#7- BAZAR MAHMUD PASHA

10 tempat menarik di turki- bazar mahmud pasha

Di Istanbul terdapat beberapa bazar yang mirip dengan bazar-bazar yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah Grand Bazar dan Bazar Mahmud Pasha.

Di Bazar Mahmud Pasha barang jualannya dikatakan lebih murah daripada Grand Bazar. Bagi mereka yang suka membeli belah bazar ini sememangnya bazar ini sesuai untuk anda. jangan lepaskan peluang membeli belah disini sekiranya korang datang Turki ya.

#8- GALATA BRIDGE

10 tempat menarik di turki- galata bridge

 

Satu lagi tempat unik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong yang berkunjung ke Turki. Apa yang uniknya tentang Galata Bridge ialah terdapat restoran-restoran dibawahnya. Sangat menarik apabila dapat makan di Galata Bridge sambil menikmati pemandangan indah Teluk Gordon Horn.

#9- ISTIKLAL STREET

10 tempat menarik di turki- istiklal street

Selain Grand Bazar dan Bazar Mahmud Pasha, satu lagi tarikan untuk membeli belah ialah Istiklal Street. Istiklal Street ni terletak di bandar Istanbul.

Terdapat pelbagai jenis barangan yang terdapat disini, antaranya makanan seperti roti, coklat, kedai buku, kafe dan pelbagai lagi. Sesuai nak membeli belah buah tangan untuk bawa balik malaysia.

#10- MINIATURK

10 tempat menarik di turki- miniaturk

Miniaturk merupakan satu tempat yang menempatkan model binaan-binaan kecil yang mewakili senibina senibina yang terdapat di Turki dari zaman Byzantine sehinggalah kepada zaman pemerintahan empayar Uthmaniyah. Comel-comel je binaannya.

Terdapat sebanyak 105 binaan kesemuanya. Sangat sesuai untuk membawa anak-anak kecil untuk berjalan di sekitarnya sambil melihat bangunan- bangunan mini tersebut. Pasti anak-anak rasa rasa seronok dan terhibur tengok bangunan-bangunan cute tu.

Baca lagi : 6 Tips Travel Bersama Bayi dan Anak Kecil

Ini adalah antara senarai tempat-tempat menarik yang terdapat di Turki. Ternyata Turki mempunyai banyak lokasi bersejarah dan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati sekiranya anda berhasrat untuk mengunjugi negara berkenaan.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!