10 Aktiviti Adventure/Lasak Popular di Malaysia. Perlu Cuba.

Selain percutian yang santai dan aktiviti yang tenang, Malaysia juga menawarkan banyak lokasi  menarik untuk pencinta kegiatan lasak. Tiada had umur untuk aktiviti sebegini namun umumnya  ia lebih digemari oleh golongan muda sebab aktiviti sebegini memerlukan tenaga yang banyak dan kecergasan optimum. Mari kita lihat senarai aktiviti adventure yang wujud di negara ini dan bagi yang sukakan aktiviti yang mencabar, nah, ini memang sangat sesuai untuk korang! Jom kita tengok satu-satu.

 

aktiviti lasak-01

 

SUKA DENGAN WATER RAFTING? KLIK SINI

#1- WATER RAFTING

Water rafting merupakan aktiviti menaiki bot beramai-ramai dalam satu lokasi air sungai yang agak deras.  Ada jaket keselamatan disediakan dan selalunya akan ada seorang yang sudah pakar akan berada sama-sama dalam bot dengan korang. Antara lokasi water rafting yang popular di negara kita ialah Gua Tempurung, Sungai Sedim, Kulim dan Sungai Kuala Kubu Bharu.

Water rafting agak mencabar tapi sangat menyeronokkan. Bayangkan, air sungai tenang pada mulanya dan kemudian tiba-tiba sampai di lokasi air yang mengalir deras,bot getah mula  terumbang ambing dan  korang akan mula dibasahi air, menjerit dan mengharungi sama-sama dengan team korang dalam tu.

Memang best lah. Mungkin ada yang belum tahu, kami ada tawarkan pakej water rafting ni tau, lokasi Gua Tempurung Perak, siap dengan caving lagi. Puas hati dan berbaloi-baloi.

Baca lagi : Tips Agar Tidak Disengat Obor-Obor

 

aktiviti lasak-02

SUKA DENGAN BAMBOO RAFTING? KLIK SINI

#2-BAMBOO RAFTING

Bamboo rafting ni macam water rafting juga tapi menggunakan rakit yang diperbuat daripada kayu buluh. Korang akan mengharungi sungai dengan rakit buluh yang agak panjang. Untuk mengimbangi rakit buluh ni perlu ada seorang berdiri di hadapan dan seorang lagi berdiri di belakang. Dan kedua-duanya perlu mengayuh.

Agak mencabar kerana korang kena seimbangkan kedudukan korang dan team dalam rakit berkenaan, kalau tak, kemungkinan rakit korang dengan korang-korang sekali boleh terbalik dalam air. Mencabar bukan? Tapi itulah yang kita cari-cari dalam aktiviti adventure. Antara lokasi yang boleh korang join bamboo rafting ni ialah Sungai Langat, Hulu Langat Selangor.  Memang menarik, so boleh masuk list percutian adventure korang yang seterusnya.

 

aktiviti lasak-03

credit image : suspenz

#3-KAYAK

Sapa dah pernah berkayak? Yang pernah berkayak ni mesti setuju kan yang kayak ni nampak je mudah tapi sebenarnya agak mencabar untuk mengekalkan kayuhannya tu. Lebih-lebih lagi kalau korang berkayak dengan partner, korang kena pastikan kayuhan korang sekata. Tapi apa-apa pun memang seronok berkayak ni sebab dapat rasai pengalaman ‘berjalan-jalan atas air’ sambil nikmati pemandangan sekeliling.

Antara tempat yang korang boleh buat aktiviti berkayah ni ialah Pulau Pangkor dan Sungai Langat, Hulu Langat. Sebenarnya banyak lagi lokasi untuk berkayak kat negara kita ni, tapi itu antara lokasinya. Kalau korang tak de idea nak buat aktiviti apa untuk program hujung minggu korang, bolehlah ajak kawan-kawan untuk cuba kayak.

aktiviti lasak-04

credit image : riverbug

#4-WATERFALL ABSEILING

Waterfall abseiling ialah aktiviti yang dilakukan di sekitar tebing tinggi air terjun. Para peserta akan dipakaikan alat keselamatan dan seterusnya akan mula memanjat turun kawasan tebing air terjun dari atas.

Sesuai untuk hilangkan rasa gayat dan bina keyakinan diri. Best tau, korang kena cuba. Lokasi yang boleh korang try aktiviti ni ialah di Sungai Pisang, Gombak, Air Terjun Ulu Geruntum, Perak dan banyak lagi lokasi waterfall abseiling yang menarik.

Korang yang tak pernah cuba lagi boleh lah masuk list untuk adventure korang yang seterusnya. Kitaorang pun ada anjurkan aktiviti ni, so kalau nak join team kitaorang pun dialu-alukan.

 

 

 

aktiviti lasak-05

credit image : Travel Guide Romania

SUKA CAVING? KLIK SINI

#5-AKTIVITI MASUK GUA/CAVING

Kat Malaysia ni banyak gua-gua menarik untuk diterokai. Antara yang popular ialah Gua Tempurung Di Perak. Korang boleh masuk ramai-ramai dan dibantu oleh individu berpengalaman. Yang bestnya korang dapat tengok keadaan dalam gua, bentuk-bentuk yang wujud dalam gua, keadaan dalaman gua tersebut yang mencabar dan lain-lain lagi.

Mungkin korang akan bermula dengan jalan, lepastu terpaksa merangkak dalam air, lepas tu berjalan lagi, bila ada lubang sempit, merangkak lagi. Memang aktiviti yang sangat best lah ! Kalau korang berminat tapi tak tau macamna nak join, boleh sangat kalau nak join dengan pihak kami. Kami ada anjurkan pakej sekali water rafting tau. Memang sangat berbaloi.

aktiviti lasak-06

credit image : BBC.com

 

Baca lagi : 5 Negara Musim Bunga Asia Anda Wajib Pergi

#6-HIKING

Sekarang ni macam satu trend dlm kalangan orang muda. Aktiviti hiking ni sesuai bagi korang yang suka berjalan dan melihat keindahan alam semulajadi. Boleh buat aktiviti ni beramai-ramai lebih-lebih lagi bagi newbie atas faktor keselamatan.

Pastikan bergerak dalam kumpulan. Pakai pakaian yang sesuai dan bawa bekalan makanan secukupnya. Makanan yang sesuai seperti, roti, coklat dan air untuk maintain kan tenaga. Nikmati pengalaman hiking dengan persediaan yang lengkap, ia pasti mengujakan.

Jangan lupa, selfie di puncak nanti. Lokasi popular untuk hiking ialah Bukit Tabur, Kuala Lumpur, Bukit Broga Semenyih, Bukit Batu Putih, Port Dickson dan banyak lagi.

aktiviti lasak-07

credit image : ATV Trail Rider Magazine

#7-ATV

Mungkin ada yang belum tahu apa itu ATV. Takpe, mai admin terangkan. ATV ni sejenis sukan bermotor. Kalau korang pernah tengok motor besar tayar empat tu inilah dia.Apa yang best tentang aktiviti ATV ni korang boleh melakukan secara berkumpulan dan ada pilihan samaada nak naik secara berseorangan atau berdua. Jadi sapa yang first time cuba tu tak da lah takut kan sbb boleh main dalam group.

Korang akan merentas jalan yang dah disediakan dan ada jalan  yang betul-betul mencabar kebolehan korang handle ATV ni. Agak cool permainan ni dan sesuai untuk aktiviti hujung minggu dengan kawan-kawan. Antara lokasi popular ATV ialah di Pulau Pangkor, Adventure Park, Kg Kemensah KL dan Taman Botani Negara, Shah Alam.

aktiviti lasak-08

#8-PARAGLIDING

Paragliding merupakan aktiviti lasak yang semakin mendapat tempat dalam hati pencinta sukan ekstrem kat Malaysia. Aktiviti ni sesuai untuk korang yang minat nak ‘terbang’ tinggi kat udara dan tengok pemandangan indah dari atas. Untuk aktiviti paragliding ni korang kena berlepas kat satu kawasan yang tinggi, contoh dari puncak bukit.

Mungkin agak mencabar bagi sapa2 yang gayat, tapi jangan risau, korang akan “terbang” sekali dengan pakar paraglider dan dorang akan mengambil alih untuk kawal payung terjun korang. Jadi, don’t worry ok. Antara tempat yang boleh korang buat aktiviti ni ialah di Bukit Jugra, Banting, Gunung Jerai, Kedah dan Gunung Ledang, Johor. Amacam, berani tak nak terbang tinggi-tinggi? Kena cuba dulu, best tau.

aktiviti lasak-09

MINAT SNORKELING?KLIK SINI

#9-SNORKELING

Snorkeling ni satu aktiviti berenang dipermukaan air dan dibantu oleh alatan tertentu seperti diving mask, snockel, lifejacket,dan kadang-kadang dengan sepasan booties dan fins. Jadi korang yang tak pernah ada pengalaman  pun jangan risau, sebab aktiviti ni kategori selamat.

Tips nya korang kena tenang sebab bila tenang korang dapat menikmati  dasar dengan lebih sempurna. Boleh tengok ikan-ikan comel yang berenang. Kalau dasar laut tu agak cetek korang kena pakai booties untuk keselamatan, supaya tidak terpijak haiwan laut bahaya macam landak laut atau tapak sulaiman.

Antara pulau yang best untuk snorkeling ialah Pulau Tioman, Pahang dan Pulau Mabul, Sabah dan banyak lagi sebenarnya. So, kalau bercuti kat pulau aktiviti ni wajib try ok!

aktiviti adventure-10

credit image : fave

#10-ISLAND HOPING

Island Hoping ialah satu aktiviti di mana korang akan di bawa melawat pulau yang agak terpencil berbanding pulau-pulau lain sekitarnya. Sebagai contoh, Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting di Langkawi.

Pengunjung lazimnya akan di bawa dengan menaiki bot ke pulau-pulau berkenaan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bergantung kepada aktiviti yang wujud sekitar pulau tersebut. Contohnya kayak, mandi manda dan sebagainya.

Berbanding aktiviti-aktiviti lain, aktiviti ni agak santai dan sesuai dilakukan dengan ahli keluarga. Boleh melihat sekitar pulau dengan lebih dekat dan pasti meninggalkan kenangan yang cukup menarik. Seronok kan?

 

Ok, macamna, menarik tak aktiviti adventure yang wujud kat negara kita ni. Best kan. Bagi korang yang teringin nak cuba aktiviti adventure ni mungkin boleh bermula dengan aktiviti yang ringan dulu. Lama-lama upgrade yang lebih lasak.

 

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!